Tasha Shilla kongsi wajah anak, dan memilih nama Raees Zander

Genap tujuh hari selepas melahirkan anak, pelakon Tasha Shilla mendedahkan wajah dan pilihan nama bagi cahaya mata pertamanya menerusi sebuah posting di laman Instagram, semalam.

Tasha atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak dan suami, Muhammad Atiq Idris memilih nama Raees Zander untuk bayi lelaki berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami @atiqidris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander bin Muhammad Atiq”.
memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati Ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal.

It’s our happiest moment to announce that a baby boy “Raees Zander” has arrived in our family. Please keep him in your prayers Baby Bedding @tinypalms

Berikutan kelahiran zuriat terindah tersebut, pelakon drama Kamar Kamariah itu memohon doa orang ramai agar cahaya mata mereka menjadi anak soleh dan cemerlang dunia akhirat.

Posting berkenaan dihujani komen peminat dan pengikutnya yang memuji kecomelan Raees selain tidak lupa mendoakan kesejahteraan anak kecil itu.

Tahniah! Moga membesar dengan sihat

Comelnya dia

Alhamdulillah…

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 28 Februari, tahun lalu selepas lima hari mengikat tali pertunangan.

Sumber: Instagram Tasha Shilla & Atiq Idris & ohmymedia

 

Arikel sebelum ini

Tasha Shilla selamat timang anak lelaki



Bayi Ramadan. Pelakon Tasha Shilla, 34, selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan terkemuka di ibu negara semalam.

Berita gembira tersebut dikongsi pelakon drama Kamar Kamariah itu dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Tasha bagaimanapun tidak berkongsi wajah anaknya dan hanya memuat naik foto yang memaparkan tangan bayi comel itu.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada Ramadan ke-12 semalam.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya.

Kongsi isteri kepada ahli perniagaan Muhammad Atiq Idris itu, dia bersyukur dan berterima kasih terhadap semua pihak yang telah memudahkan proses kelahiran anaknya.

“Saya sangat hargai semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini.

“Kepada suami, terima kasih yang tidak terhingga dengan semua semangat, sentiasa membahagiakan dan menjadi suami soleh. Saya cintakan awak,” katanya lagi.

Untuk rekod, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada 23 Februari tahun lalu. -K! ONLINE

Sumber : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*