Ayunya..Peminat Teruja Elizabeth Tan Cuba Berhijab❤️

Sepanjang menjalani ibadah puasa, boleh dilihat artis dan selebriti kurang memuat naik posting ‘mengundang’ di media sosial bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Bagi penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan, tindakannya yang cuba memakai tudung untuk nampak lebih sopan menarik perhatian peminat dan pengikutnya di laman Instagram.

Sempena Ramadan.. tibersss”

Video dikongsi di laman Instagram itu memaparkan Elizabeth atau mesra disapa Lizzy mengenakan sehelai selendang sebelum melilit ke kiri dan kanan termasuk menarik sebahagian kain bagi menutup dadanya.

Walaupun tindakan tersebut dilakukan secara spontan dan tidak serius, namun penyanyi lagu Semua Sudah itu tetap menerima komen positif daripada warganet yang memuji kecantikannya.

 

Comelnya isteri orang…

Terdahulu, pelakon berusia 28 tahun itu membuat kejutan apabila berkahwin dengan ahli perniagaan Siew Jim di Gombak, Selangor pada Mac lalu.

Rata-rata peminat lelaki meluahkan rasa kecewa dan bertindak untuk ‘unfollow’ selepas artis kesayangan mereka itu sudah dimiliki orang.

 

Sumber: Instagram Elizabeth Tan

Via https://ohmymedia.cc/sempena-ramadan-peminat-suka-tengok-elizabeth-tan-cuba-berhijab/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*