“Tak Payah Nak Mengelupur Punya Nak Beli Karpet Sampai Ke Nilai 3, Berangkut Para Ulama…,” – Bidas Diva AA

Baru-baru ini, isu tidak adil dan sama rata mengenai soal rentas negeri yang ditetapkan oleh pihak kerajaan berdasarkan situasi semasa menjadi perbualan hangat di kalangan warganet.

 

Perkara ini terjadi apabila ada beberapa individu dari kalangan selebriti didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 

Dalam pada itu, selebriti terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA ada memberikan pendapat mengenai isu tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Sajalah Diva AA nak carut anda semua tak payah nak mengelupur punya nak beli karpet sampai ke Nilai 3, berangkut laki yang hodoh dispedo (ditanggung).

 

“Lepas tu tak payah mengelupur berangkut para ulama atau ustaz-ustaz ni konon menteri agama kononnya untuk keberkatan sambut bayi lah, apa lah.

 

“Besar sangat ke kau? Kayangan ke kau? Diva sangat ke kau? Cuba jadi macam Diva AA, shopping selagi duit ada berkepuk-kepuk, tapi semua pergi tempat yang selamat,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian pengacara berusia 55 tahun itu.

 

Foto: Instagram Diva AA.

Via https://www.mediahiburan.my/tak-payah-nak-mengelupur-punya-nak-beli-karpet-sampai-ke-nilai-3-berangkut-para-ulama-bidas-diva-aa/.

Article sebelumnya,

 

“Neelofa ni memang sejenis laparkan perhatian,” Pengarah Nur Luah Pandangan Isu Rentas Negeri.

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin menyarankan serta menasihati selebriti sensasi, Neelofa, 32, supaya memperlahankan seketika aktivitinya yang kini begitu aktif di media sosial.

Menerusi perkongsian YOY Network, Shahrulezad dalam hantarannya di Facebook, meminta Neelofa berbuat demikian kerana bekas pengacara program MeleTop itu dan suaminya, Harris Ismail atau PU Riz, begitu menjadi perhatian ramai ketika ini terutama netizen.

Harap tak ambil hati

 

“Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.

 

 

 

“Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.

 

“Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai,”katanya.

Berbicara juga mengenai tindakan Neelofa yang hangat diperdebatkan netizen berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan itu, Shahrulezad berkata dia kadang-kala berasa usahawan terkenal itu mempunyai sikap ‘laparkan’ perhatian.

 

Lapar perhatian

 

“Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?.

Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam. Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang ko buat silap?

 

 

 

“Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau. Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?,” katanya.

Menurut Shahrulezad, kini tiba masanya dia bersuara untuk memberi teguran dan nasihat. Katanya, alang-alang Neelofa kini berniqab, maka lagi lebih baik dia ‘niqab’ sekali media sosialnya.

 

 

 

Katanya, dengan imej baik yang ditunjukkan Neelofa itu juga tidak sepatutnya dikecam. Imej sepertinya itu patut disayangi ramai dan bukan semakin dibenci kerana tindakan diri sendiri.

 

Niqab sekali media sosial awak

 

“Abam dah tak larat nak backing ko dik. Nasihat abam. Dah alang alang nak berniqab satu badan tu awak ‘niqab’lah sekali media sosial awak tu. Back off a bit..

Sehingga artikel ini ditulis masih tiada sebarang respon dari Neelofa ataupun suaminya.

 

Sumber : https://www.mediakl.my/neelofa-rentas-negeri/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*