Hampir Gugvr Sebab Sikap Individu Tak Bertanggungjawab, Nabil Mahir Kongsi Keadaan Ayda Jebat Waktu Awal Kehamilan.

Semoga Ayda balk-balk sahaja dan diharapkan individu berkenaan dapat memohon maaf atas penyebaran awal mengenai berita tersebut bagi menghormati privasi mereka berdua.

Pada 28 April lalu, pasangan suami isteri Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mengumumkan berita gembira bahawa tidak lama lagi mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Berita itu telah disahkan sendiri oleh Ayda di laman Instagram miliknya dan memohon supaya semua peminat dapat mendoakan kandungannya yang sudah memasuki usia empat bulan.

“This is the story, Ayda bleedlng selepas portal yang tk bertanggungjawab keluarkan news tentang kehamilan ayda. As you guys know, Ayda bekerja dengan banyak big brand. Belum sempat Ayda & @xenoentertainment susun jadual (kerja diselang seli dengan rehat bersesuaian dengan keadaan wanita yang hamil di peringkat awal), berita dah tersebar dengan mengejut, jadual hertambah padat dalam tempoh masa yang singkat. Back to back”

Tambah Nabil, Ayda turut dicuck beberapa kali ketika di tahan di sebuah hospital sehingga membuatkan Nabil sendiri tidak sampai hati melihatnya.

Rata-rata pengikut mereka di Instagram terkejut dengan berita tersebut dan turut mendoakan semoga Ayda terus kuat demi anak dalam kandungan.

Walaupun berita yang tular sebelum ini sememangnya benar belaka, ada Iah Iebih balk sekiranya is disahkan sendiri oleh tuan empunya badan sebagai tanda kita menghormati mereka.

Apa pun, tahniah sekali lagi buat Ayda dan Nabil.

Sumber : Hotfm

 

Baca juga artikel berkaitan:

Tahniah sekali lagi! Ayda Jebat akhirnya buka mulut hamil..

Nabil dan Ayda kongsi berita gembira itu di Instagram.

AKHIRNYA pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi berita gembira mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi seperti yang didedahkan mStar pada 24 Februari lalu.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, memberitahu kandungannya kini sudah mencecah empat bulan dan berharap semua orang mendoakan proses kehamilannya berjalan lancar.

“Assalammulaikum, bismillah. Insya-Allah our junior is coming. Doakan yang indah-indah buat kami,” tulis Ayda menerusi laman Instagram miliknya.

Ayda turut berkongsi video dia memberi kejutan kepada suaminya.
Penyanyi lagu Parah Parah itu dijangkakan bakal melahirkan bayi sulungnya pada Oktober depan.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam, Rabu.

Sebelum ini, mStar melaporkan Ayda sudah hamil selepas pelakon tersebut menemui pakar perbidanan dan sakit puan di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Sumber : mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*