Uncategorized

Lepas tudung laku keras, beg tangan Fazura pula ‘sold out’ tak sampai 5 jam

Selepas jenama tudung yang dikeluarkan pelakon cantik, Nur Fazura laris beberapa jam selepas dikeluarkan, kali ini giliran beg tangan wanita turut sama ‘sold out’ dalam tempoh waktu yang begitu cepat.

Baru jual dan habis

Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram isteri kepada aktor Fattah Amin ini, dia telah memaklumkan beg tangan wanita jenamanya akan dikeluarkan di website kira-kira jam 3 petang Selasa 4 Mei 2021.

Namun, beberapa jam setelah beg tangan edisi raya itu dikeluarkan, Fazura memberitahu bahawa produk tersebut telah habis terjual dan dia sangat terkejut dengan sambutan hangat para pembeli.

“Jangan mar4h Faz”

Ramai yang meluahkan rasa ralat apabila tidak berkesempatan untuk membeli beg tangan tersebut memandangkan ia laris keras.

Dalam perkongsian Fazura lagi, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembeli dan memohon maaf andai ada pihak yang tidak dapat membelinya kerana sudah habis terjual.

Akan restock cepat2

Pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini juga menyatakan tidak sangka beg tangan edisi terhad yang dikeluarkan di bawah jenama fazbuloscom untuk hari raya laku keras.

Dia juga akan sedaya upaya untuk restock ‘The Fazura Bags’ secepat mungkin kerana ramai yang meninggalkan mesej mahu membeli beg tangan tersebut.

Tengok iklan, tetiba dah sold out

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen diruangan Instagram Fazura.

Rata-rata meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat untuk ‘berebut’ membeli beg tangan keluaran selebriti kesayangan mereka ini.

 

Buka website pun susah, jem!

Mesti nak beli kalau Fazura yang jual

Tak sempat nak dapat satu

 

Sumber: missfazura

via ohmymedia

 

Artikel sebelum ini

Tudung Fazura Sold Out Dalam Tempoh 4 Jam – “Tup Tup Dah Habis, Orang Lain Pun Nak Pakai Raya Juga”

Pukul 3 lancar, pukul 7 sudah licin! Rezeki berpihak kepada pelakon jelita Nur Fazura yang mampu menghela nafas lega apabila tudung rekaannya terjual habis dalam tempoh empat jam sahaja.

Menerusi kemaskini akaun rasmi Instagram Fazbulous (@fazbulouscom), tudung square scarves yang diberi nama Jauharah itu mendapat sambutan luar biasa selepas dilancarkan pada Rabu.

Darlings, our Jauharah Square Scarves are sold out!! Thank you so much everyone for your tremendous support today. We hope you love your purchases.
“In the meantime, you can also buy from our beloved PS.

“InsyaAllah we will be working on the restock in a week’s time. We apologise for any inconvenience caused,” tulis pengendali akaun itu.

Ekoran daripada kehabisan stok, ramai yang cemburu apabila tidak berjaya mendapatkan tudung keluaran pelakon pujaan ramai itu.
“Tadi buka web jammed,” kata seorang pengguna.
“Siapa beli banyak-banyak? Beli satu dah la. Orang lain pun nak beli juga pakai raya,” tambah individu lain.

“Eh baru nak tengok, habis dah? Kome ni idokke kojer?” soal pengguna lain hampa.
“Adoi, dah lah buka web dia jem. Tup-tup dah habis. Nak pakai raya pun tak sempat ni,” sahut individu lain pula.

“Baru 5 minit nak proceed bayar dah sold out.. padahal dah standby before 3 pm. Terus sambar warna lain,” kata pengguna lain pula teruja.

Siri tudung Jauharah Square Scarves itu dihasilkan dari fabrik kapas dan crepe serta direka sendiri Fazura untuk kegunaan harian. Jauharah dilengkapi mutiara pada bahagian bucunya, ironi dengan makna koleksi itu sendiri.
Siri tudung Jauharah dihasilkan dalam lebih 26 seleksi warna dan dijual dengan harga serendah RM25 setiap satu.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/wow-laku-keras-tudung-fazura-sold-out-dalam-tempoh-4-jam-tup-tup-dah-habis-orang-lain-pun-nak-pakai-raya-juga-49526.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *