Tak Sempat Pindah Rumah Lepas Dapat Kerja Baru, Suami ‘Pergi’ Tinggalkan Isteri Sarat Hamil 7 Bulan

Rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan serta perpisahan adalah takdir Allah. Kita hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya. Meskipun begitu, kita sebagai umat Islam perlu redha dengan takdir yang sudah tertulis ini.

Begitulah takdir yang dilalui oleh wanita, Nurul Fatimah Az-Zahrah apabila suaminya telah dijemput Ilahi.

‘Tinggalkan’ isteri hamil 7 bulan.

Kisah sedih ini dikongsikan oleh rakan wanita ini yang dikenali dengan nama Izzah Ali. Menurut Izzah, siapa sangka, hasrat rakannya, Nurul Fatimah Az-Zahrah untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung sambil ditemani suami, Muhd Syamil Izzat akhirnya terkubur selepas suami tercinta pergi buat selama-lamanya. Menurut sumber, motosikal yang ditunggang Allahyarham telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih meruntun hati apabila mengetahui Allahyarham yang berusia 26 tahun itu telah meninggalkan si isteri yang sedang sarat hamil 7 bulan.

Bercerita dengan lebih lanjut, Izzah memaklumkan rakannya dan arwah suami bercadang untuk berpindah ke Klang disebabkan Allahyarham sudah mendapat tawaran pekerjaan baharu tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila keluarga kecil ini diuji dengan dugaan yang sangat berat. Difahamkan, pasangan ini dipercayai telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mac tahun lalu.

 

Sumber: Izzah Ali.

Via https://ohbulan.com/tak-sempat-pindah-rumah-lepas-dapat-kerja-baru-suami-pergi-tinggalkan-isteri-sarat-hamil-7-bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*