Usik Isteri Di IG Live Sampai Muka Merah Padam, Video Shukry Yahaya Buat Ramai Cair.

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video membabitkan pelakon, Shukri Yahaya bersama isterinya, Tya Adnan.

Video yang tular di laman Twitter itu memaparkan teletah lucu Shukri yang sakan mengusik isterinya yang pada ketika itu sedang sibuk mempromosikan jenama tudung miliknya di Instagram Live.

Shukri yang turut sama menyertai sesi Instagram Live sempat memberikan pick up line dengan menyifatkan isterinya itu sebagai ciptaan Tuhan yang paling cantik.

 

Usikan tersebut telah menyababkan muka isteri Shukri merah padam sepanjang sesi Instagram Live itu berlangsung.

Dalam pada itu, video berdurasi hampir dua minit itu telah meraih hampir 200,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Rata-rata netizen dilihat terhibur menyaksikan telatah comel pasangan suami isteri ini selain ada juga yang mahu segera menamatkan zaman bujang gara-gara vieo berkenaan.

“Ngoksss, aku rasa Shukri Yahaya ni mesti husband yang jenis crack dan masuk air. Kelakar betul, moga kekal together till jannah,” komen seorang pengguna Twitter.

“Berlakon pun dapat watak heloks. Real life pun heloks. Untung Tya,” tulis seorang individu.

“Please my husband better be like this still make me shy shy cat even dah bertahun-tahun kahwin,” luah seorang lagi individu.


Sekadar info, Shukri dan Tya telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 November 2015.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Sumber: Twitter @TheOnlyFatin

“Please My Husband Better Be Like This…,” – Usik Isteri Di IG Live Sampai Muka Merah Padam, Video Shukry Yahaya Buat Ramai Cair

 

Biodata Shukri Yahaya

1. Nama sebenarnya, Mohd Shukri bin Yahaya. Dikenali sebagai Shukri Yahaya.

2. Lahir pada 13 Jun 1988. Kini berusia 31 tahun (2019).

3. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

4. Merupakan pelakon dan penyanyi.

5. Mula membabitkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

6. Anak kelima daripada enam beradik.

7. Bakatnya dikesan oleh sutradara terkemuka, Osman All yang bertanggungjawab memperkenalkan namanya di layar perak menerusi filem Jiwa Taiko.


8. Lain-lain filem dibintangi Shukri ialah Sembunyi: Amukan Azazil, Lari, Ular dan Surf This Love: Gelora Juara.

9. Juga drama Juvana, Gemersik Kalbu, Sahabat, Asmara Luna, Menjinak Ombak, Jika Itu Takdirku, Asam Pedas Untuk Dia, Dia Isteri Luar Biasa, Cik Cinderella Dan Encik Tengku, Suami Tanpa Cinta, 7 Hari Mencintaiku, Hantu Punya Bos, Andainya Takdir, Tiada Arah Jodoh Kita, Andainya Takdir 2, Vila Ghazara, Asalkan Dia Bahagia dan banyak lagi.

10. Termasuk telefilem, antaranya Utusan Ilahi, Di Telapak Kaki Bonda, Alamak 7 Hari Lagi, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Selempang Kuning, Abang Beduk, Janji Hati, Rasuk, The Berlian Job, Jongkong, Matilahnak dan Rengkat.

11. Pemegang trofi Aktor Pilihan dan Pasangan Pilihan (bersama Siti Saleha) untuk drama 7 Hari Mencintaiku di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-4 dan kategori Antagonis Pilihan – drama Andainya Takdir di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*