“Perut tu cover sikit!” – Tayang baju sksi bulan puasa, netizen ‘sound’ Intan Najuwa

Sewaktu ramai netizen sedang mempertikaikan tentang selebriti Neelofa melanggar prosedur operasi standard (SOP), muncul pula kisah pelakon genit Intan Najuwa.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah cara pemakaiannya pada bulan Ramadan ini yang dikatakan seakan ‘tidak cukup kain’.

Bergaya ‘se.ksi’ di bulan puasa.

Baru-baru ini, bintang drama Tak Sempurna Mencintaimu itu ada berkongsi sebuah video menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dalam video itu, kelihatan pelakon berusia 24 tahun itu memakai baju yang menddahkan perut

Selain itu, sebuah lagi perkongsian video memperlihatkan selebriti itu memakai dres dan seluar pendek turut diserang oleh para netizen yang rata-rata ‘menyekolahkan’ selebriti berkenaan.

Bulan puasa ni tutuplah sikit

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menegur Intan Najuwa kerana menganggap baju sebegitu tidak sesuai dipakai terutamanya di bulan puasa.

Doakan yang baik2 untuk dia

Cover perut tu Intan

Moga Intan tutup aurat

Nampak aurat tu

Cantik tak guna kalau tak tutup aurat

Terdahulu, Intan Najuwa pernah didakwa putus tunang gara-gara kehadiran orang ketiga iaitu pelakon Zul Ariffin.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti berkenaan menepis tuduhan tersebut dan Intan menegaskan hubungan dengan bekas tunangnya  berakhir tanpa melibatkan orang ketiga.

Sumber: Instagram Intan Najuwa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*