“Sini berlambak! Takyah ‘menggelupur’ pergi Nilai 3, dah lah tak ikut SOP” – Diva AA

Baru-baru ini, kecoh tentang isu selebriti dan usahawan Neelofa dan suaminya PU Riz didakwa merentas negeri sekali lagi, kali ini ke Negeri Sembilan pula semata-mata ingin ‘shopping’ karpet di Nilai 3.

 

Berikutan itu, ramai rakyat marhaen berang dengan tindakan pemilik nama Noor Neelofa Mohd. Noor itu kerana dianggap seakan mempermainkan undang-undang tambahan lagi selepas dikenakan kompaun RM60,000 tempoh hari.

Bagaimanapun, bukan rakyat sahaja yang terkesan tetapi para selebriti juga tidak ketinggalan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengasas jenama Naelofar termasuklah pengacara terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali ramai sebagai Diva AA.

Beli karpet takyah menggelupur rentas negeri!

Menerusi sebuah video dikongsi di ciapan seorang pengguna Twitter @AzlilAdzif, kelihatan Diva AA sedang mempromosikan sebuah kedai karpet dipercayai terletak di Shah Alam.

Namun begitu, sewaktu sedang sibuk ‘promote’ karpet di berkenaan secara tiba-tiba artis berusia 55 tahun itu mencelah dan secara bersahaja menyindir seorang selebriti yang dikatakan merentas negeri beli karpet di Nilai baru-baru ini.

 

Walaupun tidak menyebut nama gerangan selebriti tersebut, ramai tahu individu yang dimaksudkan oleh Diva AA adalah siapa lagi kalau bukan, Neelofa betul tak?

 

Dengar sini aku nak ‘laser’ kan semua. Tak payah menggelupur pergi Nilai 3. Dah lah kau rentas negeri tak ikut SOP! Sini berlambaklah. Kau terasa ke? Kau lah. Tak sebut nama,” sindirnya terhadap artis berkenaan.

Power lah Diva AA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi terhibur tatkala melihat gelagat artis lelaki yang terkenal dengan julukan ‘Si Mulut Puaka’ tersebut.

Terdahulu, kecoh di serata laman sosial selepas Neelofa memuat naik beberapa video Insta Story menunjukkan dirinya di sebuah kedai menjual permaidani yang didakwa netizen di Nilai 3.

Tindakan bekas pengacara MeleTOP itu telah membuatkan netizen tidak berpuas hati kerana sekali lagi melakukan kesalahan rentas negeri ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Sumber: Twitter Diva AA

Via https://ohmymedia.cc/sini-berlambak-takyah-menggelupur-pergi-nilai-3-dah-lah-tak-ikut-sop-diva-aa/.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*