“Ibu2 mesti tersentuh dengan usaha anak2” – Wawa Kali pertama dapat kad ucap Selamat Hari Ibu

Lagi tiga hari kita bakal menyambut Hari Ibu. Sudah tentu ramai yang berhasrat untuk memberi kejutan buat ratu hati masing-masing.

Walaupun hari tersebut tidaklah menjadi kewajiban untuk dirai, namun tidak salah jika kita menyatakan rasa sayang pada hari berkenaan buat ibu kita tercinta.

Hati berbunga-bunga

Menerusi perkongsian daripada selebriti cantik, Wawa Zainal di Instagram miliknya, dia telah memuat naik satu gambar kad ucapan yang dibuat sendiri oleh anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.

Kali pertama dapat kad ucapan dari anak2

Dalam kapsyen yang disertakan dengan perkongsian tersebut, Wawa mengakui begitu terharu dan hatinya berbunga-bunga apabila mendapat kad ucapan  buat kali pertama daripada anak-anaknya iaitu Attar dan Hayla.

Luah rasa sayang kepada ibu

Dalam tulisan ringkas di ucapan tersebut, anak-anak pelakon berkenaan menzahirkan rasa terima kasih untuk segalanya dan meluahkan rasa sayang mereka kepada ibu tercinta.

“Happy mommys day. Thank you mama for everything. I love you very much,” tulis Attar.
“Hi mama, happy mother’s day. I love you a lot,” tulis Hayla juga.

“Senang emo lah lepas jadi mak orang ni”

Sehubungan dengan perkongsian yang mengharukan itu, ramai yang turut sama menulis ucapan selamat hari ibu buat Wawa Zainal.

Mereka juga memuji keharmonian rumah tangga Wawa dan Aeril Zafrel serta mendoakan mereka sekeluarga terus bahagia hingga ke akhir hayat bersama anak-anak tersayang.

Ibu2 mesti tersentuh dengan usaha anak2

Sweetnya diorang!

Untuk makluman, Wawa Zainal telah berkahwin dengan aktor Aeril Zafrel pada tahun 2013 dan sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayasoffya.

 

Sumber: Wawa Zainal

via https://ohmymedia.cc/hati-wawa-zainal-berbunga2-pertama-kali-terima-kad-ucapan-hari-ibu-dari-anak2/

Artikel sebelum ini

Aeril Zafrel Dedah Kos Rawatan Pasang Gigi Palsu Anak Keduanya

Umum tahu, anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa baru sahaja memasang gigi palsv pada usianya enam tahun.

Dedah Aeril, 33, jumlah harga yang perlu dibayar untuk menunaikan hasrat Hayla adalah sebanyak RM9,000.

“Disebabkan Hayla kena cabvt gigi dia, jadi k0s semua dalam RM9,000,” katanya secara ringkas.

Pemilik nama Suhairil Sunari menjawab soalan pengikut menerusi Ask Me A Question, semalam.

Ada individu ingin mengetahui k0s yang dikenakan bagi memasang gigi palsv sama seperti orang dewasa.

“Berapa k0s buat gigi palsv Hayla?” tulisnya.

Menerusi hantaran di Instagram (IG) Wawa, dia berkongsi prosedur yang perlu dilakukan Hayla termasuklah menjalani pembed.ahan membvang gigi.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin menyatakan disebabkan anak-anaknya tdak memiliki gigi yang cantik, dia ditvduh tdak pandai menjaga mereka.

Sebelum ini, Aeril dan Wawa mendapat perhatian netizen kerana anak-anaknya dikatakan mengalami gigi yang berma.salah.

Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6 dan Aya Soffya, 2 tahun.

sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*