Nurin Dan Caprice Hangat “Berperang” Di Instagram Isu Langgar SOP Di Majlis Berbuka Puasa

Jika sebelum ini Caprice sahaja yang lantang bersuara manakala Nurin Afiqah memilih jalan untuk berdiam diri, terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Nurin mula membuka mulut tentang hal isu dek kerana ianya sudah semakin tular dan Caprice juga sudah mengambil keputusan untuk menyaman Nurin kerana tidak membuat pengakuan salah secara terbuka.

Kecoh di laman sosial apabila Caprice dan instafamous yang bernama Nurin Afiqah mula ‘menghentam’ sesama sendiri dek kerana isu tidak patuh kepada SOP yang berlaku di luar dewan majilis berbuka puasa yang dikendalikan oleh Caprice baru-baru ini.

Jika sebelum ini Caprice sahaja yang lantang bersuara manakala Nurin Afiqah memilih jalan untuk berdiam diri, terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Nurin mula membuka mulut tentang hal ini dek kerana ianya sudah semakin tular dan Caprice juga sudah mengambil keputusan untuk menyaman Nurin kerana tidak membuat pengakuan salah secara terbuka.

 

Nurin menerusi kapsyen di postingnya ada menerangkan bahawa dia sebenarnya telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di Twitter. Malah, dia juga menolak dakwaan Caprice yang mengatakan dia tidak memberikan kerjasama dalam menangani hal ini. Kata Nurin, dia ada membuat panggilan telefon dan menjawab panggilan Caprice selama beberapa hari sebagai salah satu bentuk kerjasama.

 

Selain itu, Nurin turut menjelaskan bahawa dia telahpun memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan hal ini tetapi Caprice masih memaksanya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa dia “menarik keluar” anak yatim dan rakan artis dari dalam dewan untuk mengambil gambar bagi mempromosikan produknya. Nurin dengan tegas berkata bahawa itu adalah tidak benar namun pihak Caprice tidak mahu menerima kenyataan yang diberikan Nurin.

Tambah Nurin, dia mendiamkan diri selama ini kerana tidak mahu  memanjangkan isu ini lagi dan mengaku bahawa ini adalah waktu yang sukar. Dia sendiri masih sedang memproses isu yang berlaku ini.

Namun, Caprice masih bertegas mempertahankan kenyataannya sebelum ini. Menerusi ruangan komen posting Nurin tersebut, Caprice dilihat membalasnya dengan berkata dia bukannya mahu “menjatuhkan” Nurin tetapi Nurin telah berjanji untuk mengeluarkan kenyataan mengaku salah dan menjelaskan keadaan sebenar di mana isu tangkap gambar tidak mematuhi SOP tersebut dilakukan di luar acara dan bukannya di dalam acara kerana mereka benar-benar mengikut SOP sepanjang majlis berlangsung.

 

Caprice juga bengang kerana Nurin baru membuka mulut sekarang selepas seminggu berlalu di mana sudah ramai pihak yang dipanggil polis termasuklah anak-anak yatim dan pekerja-pekerja Caprice yang berada di majlis itu sedangkan mereka tidak bersalah. Perlakuan Nurin yang mendiamkan diri menyusahkan banyak pihak.

Perang” ini masih belum habis di sini. Caprice turut memuat naik beberapa tangkap layar daripada aplikasi mesej antara Caprice dan Nurin serta rakaman video panggilan telefon kepada Nurin yang berjanji untuk mengaku salah dalam jangka waktu yang diberi tetapi perkara itu tidak ditunaikan.

Menurut Caprice bukanlah pergaduhan yang dia mahukan tetapi apa yang membuatkan dia berang dengan isu ini adalah kerana ia melihatkan pelbagai pihak termasuklah pihak anak yatim dan pekerja-pekerja syarikatnya sendiri yang tidak bersalah. Apa yang Caprice mahukan hanya pengakuan salah secara terbuka bahawa Nurin mengambil gambar beramai-ramai dan melanggar SOP di luar dewan acara selepas majlis yang diadakan tamat. Malah, kenyataan Nurin yang mengatakan dia tidak “menarik” anak-anak yatim dan beberapa orang artis keluar dari dewan adalah bertentangan dengan kenyataan pihak lain.

 

Terbaru, Caprice ada berkongsikan video perbualan antara dirinya dan pengurus anak-anak yatim yang hadir ke majlis sebelum ini. Mengikut pengurus tersebut, memang Nurin sendiri yang memanggil mereka dan menghulurkan produknya bagi tujuan mengambil gambar.

Tambah Caprice tak salah untuk Nurin promosikan produknya tetapi apa yang salah adalah melanggar SOP dengan tidak menjaga penjarakan semasa mengambil gambar. Akhirnya yang terkena tempias adalah orang lain.

Nurin, melalui Instagram storynya berkata bahawa dia perlukan ruang untuk “sembuh” daripada hal yang terjadi ini. Nurin dikecam hebat selepas isu ini tular malah meninjau kepada ruangan komen Nurin, ramai yang memintanya untuk tampil sahaja membuat satu video pengakuan salah.

 

Isu ini sudah menjadi semakin berlarutan dan hangat kerana kedua-dua pihak dengan tegas mempertahankan diri mereka dan mempunyai “kebenaran” mereka sendiri. Apa pun kita doakan agar Caprice dan Nurin menemui jalan penyelesaian yang lebih baik.

 

 

 

Baca juga: “Bagai Kacang Lupakan Kulit” –  Caprice Mahu Saman Instafamous Yang Tak Nak Tanggungjawab Isu Langgar SOP

 

Sumber: Nurin Afiqah , Caprice

Via : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-nurin-dan-caprice-hangat-berperang-di-instagram-isu-langgar-sop-di-majlis-berbuka-puasa/?fbclid=IwAR2DD5EvVtJUIpwr_HaK-Gy6fNWEgkw5zyvphzu77aBuqRMmmBWcyrE_aiw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*