Gara-Gara Scha Mengidam Sambal Ketika Mengandung Anak Kedua Jadi Terhasil “SCHAMBAL”

“Soalan saya pada Scha, nanti bayi dalam perut to tak pedih ke mata dia?” Itu seloroh has dan pelakon, Awal Ashaari, 39, melihatkan perubahan isterinya, Scha Alyahya,38, yang mengidam makanan pedas ketika hamil anak kedua, Lyla Amina.

Sekali gus, is membawa kepada penghasilan produk Schamba yang dikeluarkan menggunakan jenama Amina Food yang diambil sempena nama permata hatinya itu.


Mengimbas fasa kehamilan kedua isterinya itu, Awal mendedahkan Scha dilihat kerap mengambil makanan pedas, terutamanya yang berasaskan sambal bilis kering.

“Dia memang gemar ambil makanan pedas misalnya nasi kukus, sambal hijau, ikan yang dicicah dengan kicap cili dan sebagainya. Daripada situlah timbulnya idea penghasilan produk ini.


“Malah, sambal kering mesti kena ada dan dia gunakan sambal berkenaan di dalam setiap menu yang diambil.

“Kalau makan roti sekali pun, dia akan bubuh sambal kering tu, kapit dua dan terus makan. Bagi says, sambal kering ini sebenarnya pelbagai guna,” katanya kepada MH.

Pasangan selebriti itu ditemui di Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Schambal di Cookhouse, Glo Damansara TFDI, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya menambah, dia sebenarnya serik untuk mengambil makanan pedas.

“Itu yang pelik. Saya jarang suka makanan pedas selepas menghidap appendiks, ketika berusia 17 tahun.

“Cuma ketika kandungkan Lyla, saya tertanya mengapa tiba-tiba pula suka makanan yang pedas yang rangup. Kebetulan saya memang peminat tempe dan ikan bilis juga.

“Bila kongsikan perkara itu pada Awal dan kami mula terfikir mengapa tidak untuk kita cari produk seumpamanya yang betul-betul berikan kepuasan, yang dipercayai dan dekat dengan hati.

“Lalu terhasillah Schambal. Ditambah is juga mudah untuk disediakan kerana besifat kering dan segera,” katanya lagi.

Schambal hadir dalam dua sediaan, iaitu Schambal Garing Ikan Bilis dan Schambal Bilis Garing Tempeh.

 

Sumber : https://www.mediahiburan.my/kalau-roti-dia-akan-bubuh-sambal-kering-kapit-dua-dan-makan-awal-ashaari-dedah-scha-alyahya-idam-menu-pedas-ketika-hamil-anak-kedua/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*