Lesung pipi curi perhatian, ramai ‘geram’ lihat pipi lekuk anak Zahira-Aiman

Umum sedia tahu bahawa pasangan selebriti, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza telah menimang cahaya mata pertama mereka pada Januari lalu.

 

Mereka juga sudah pulang ke Malaysia dan memulakan kembali kerjaya seni selepas lama berehat di Australia bagi menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Gambar terbaru Isaac

Sedar tak sedar, anak pertama mereka yang diberi nama Isaac Raees sudah pun berusia 4 bulan lebih dan semakin banyak keletahnya.

 

Dalam satu perkongsian Aiman di Instagram, dia telah memuat naik gambar terbaru Isaac Raess yang tersenyum comel di dalam stroller.

Mesti dah ramai admirer ni

 

Apa yang menarik perhatian adalah lesung pipitnya yang begitu ‘dalam’ sehingga menyerlahkan lagi wajah comel bayi berusia 4 bulan ini.

 

Rata-rata daripada mereka ‘geram’ melihat senyuman comel Issac Raees yang semakin banyak Keletah.

Untuk makluman, Zahirah dan Aiman Hakim telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2020. Mereka telah menimang cahaya mata pertama di Australia memandangkan pelakon itu mahu dekat dengan ibunya yang menetap disana.

 

Pasangan ini pulang ke Tanah Air bagi meneruskan kerjaya dan aktiviti seni masing-masing selepas hampir tiga bulan anak tersayang dilahirkan.

Sumber: Aiman Hakim Ridza

Via :https://ohmymedia.cc/lesung-pipi-curi-perhatian-ramai-geram-lihat-pipi-lekuk-anak-zahira-aiman/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*