“Bahagia Cara Sederhana Tapi Sangat Bermakna..” Sambutan Hari Jadi Farid Kamil Bersama Keluarga Hanya Dengan Kek Batik

Semalam, Diana Danielle ada berkongsikan satu video di mana dia dan keluarga kecilnya menyambut hari jadi suami tersayang, Farid Kamil. la bukanlah satu majlis yang besar dan ianya tidak dirancang.

Siapa tak kenal dengan hero malaya, Farid Kamil bersama isterinya yang juga seorang pelakon jelitawan, Diana Danielle kan? Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan kini dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Che Mad dan Nur Aurora.

Semalam, Diana Danielle ada berkongsikan satu video di mana dia dan keluarga kecilnya menyambut hari jadi suami tersayang, Farid Kamil. Ia bukanlah satu majlis yang besar dan Tanya tidak dirancang.

Video :

Tanggal tarikh lahir Farid Kamil jatuh pada 5 Mei namun menurut Diana mereka baru dapat menyambutnya sekali kerana Farid terlibat dalam penggambaran drama televisyen bersiri yang memintanya untuk berjauhan dari rumah selama 40 hari. Seusai mereka tahu Farid akan pulang, Diana sempat membeli sepotong kek batik.

Video yang dirakam itu melihatkan mereka sekeluarga sama-sama menyanyikan lagu hari jadi buat Farid Kamil. Apa yang menjadi tumpuan adalah reaksi dan layanan Farid terhadap isteri dan anak-anaknya. Lembut sahaja cara Farid berkomunikasi dengan keluarganya dan jelas terpampar betapa dia bersyukur dengan sambutan kecil ini.

Mereka turut memotong kek itu bersama-sama sambil berpelukan. Kemudian, Farid menyuapkan kek tersebut kepada mereka seorang demi seorang dengan ucapan yang berbeza. Di akhir video tersebut, Farid memeluk dua orang anak dan isterinya dan mencium mereka dengan penuh rasa kasih. Nampak rindu sangat Farid kepada keluarga.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tersentuh dengan video tersebut. Ramai yang turut mengucapkan selamat hari jadi buat Farid walaupun ianya telah berlalu dan ramai juga yang berkata bahawa Farid adalah ayah dan bapa yang penyayang.

Sambutannya kecil dan bersederhana namun penuh dengan kasih sayang, itulah yang dikatakan wargamaya. Ramai yang turut mendoakan keluarga ini agar sentiasa diberikan kebahagiaan.

Tengok video ni pun dah boleh buat orang tersenyum sendiri dan dalam masa yang sama sebak.

Kita doakan semoga Farid Kamil panjang umur dan semoga keluarga ini diberi peluang untuk berkasih sayang seperti ini sehingga akhir hayat.

 

Sumber : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-bahagia-cara-sederhana-tapi-sangat-bermakna-wargamaya-sebak-dengan-ketulusan-kasih-farid-kamil-buat-keluarga/

 

Artikel Sebelum ini

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*