Bella Astillah Akui “Suami Orang” Mengambil Kesempatan Ketika Rumah Tangga Berantakan

Pelakon dan juga penyanyi, Bella Astillah mengakui dirinya pernah diganggu suami orang di saat rumah tangganya sedang berantakan bersama Aliff Aziz.

Pendedahan tersebut didedahkan Bella menerusi program bual bicara Borak Kelamin yang akan disiarkan pada malam ini di saluran Astro Ria.

Ujar Bella, isu curang dan skandal ini semakin banyak berlaku di luar sana, bukan sahaja kepada golongan lelaki malah kaum wanita.

Tambahnya lagi, dia sering menerima mesej daripada mereka terutamanya wanita yang meluahkan perasaan mengenai kisah pasangan mereka.

“Bila dengan kes macam ni, saya sedih kerana sangat faham perasaan itu. Isu ini berlaku pada kedua-dua jantina…” kata Bella.

Menurut pelakon drama Ramadani ini lagi, wanita yang mengalami masalah sepertinya harus teguh dengan pendirian meskipun diganggu oleh anasir jahat.

“Kita sebagai wanita kena ada pendirian yang kuat. Bella masa fasa berpisah tu ada suami orang yang cuba dekat dengan Bella. Termenung saya memikirkan adakah isteri dia tahu. Kita ada peranan, jadi kita jangan layan. Kita boleh je kata tidak pada mereka..”

Program Borak Kelamin yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari itu turut menampilkan Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali dalam episod kali ini.

Terdahulu, Bella dan Aliff telah bernikah pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian,3, serta Ara Adreanna yang kini berusia 7 bulan.

Pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun keduanya mengambil keputusan untuk rujuk kembali dalam tempoh edah.

Sumber : https://beautifulnara.com/isu-curang-dan-skandal-bella-astillah-akui-pernah-diganggu-suami-orang-ketika-rumah-tangga-berantakan/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*