“Ingak Demo Soghey Jah Ko Hok Rindu Ko Orghe Tuo Demo?” Misha Omar Sekolahkan Individu Cuba Balik Kampung

Kurang beberapa hari lagi Ramadan akan meninggalkan kita dan giliran Syawal pula tiba. Sambutan hari Raya tahun 2021 sememangnya akan menerapkan norma baharu disebabkan pandem!k c0vid-19 dilihat masih tidak reda dan membimbangkan. Setiap rakyat Malaysia pastinya rindukan suasana kesesakkan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk beraya. Namun, hari ini 10 Mei sehingga 6 Jun 2021 semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan.

Usaha sama ini adalah antara langkah kita tamatkan rantaian c0vid-19. Bagaimana ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tidak menghiraukan saranan kerajaan dan bertindak untuk rentas negeri untuk pulang ke kampung menyebabkan kesesakan jalan raya berlaku terutama di lebuhraya pantai timur.

Penyanyi hebat, Misha Omar turut terkesan dengan tindakan sejumlah individu tidak bertanggungjawab ini dan menyatakan dirinya geram melihat situasi ini. Tambah Misha, kenapa perlu buat-buat tidak tahu boleh merentas negeri sedangkan pihak kerajaan selalu membuat pesanan tersebut malah Misha turut menyatakan walaupun dirinya sendiri rindukan mak di kampung tetapi beliau tidak mahu merisikokan keadaan.

Olohhh laaaa..ingak demo soghey jah ko hok rindu ko orghe tuo demo? Ambo pun samo jugok….haghi2 duk jeghik sambil video call mok ambo….tok takut ko tgk angka kes hari2 tu abe kakok wehhh…oloh oloh olohhh…gegheyy wehh kitoo…kutil kaeeee……

Misha sempat menjelaskan perkongsiannya ini khas buat warga Kelantan sebab video berita yang dikongsikannya itu di Instagram adalah berkenaan orang kampungnya yang dilihat ramai yang cuba rentas negeri untuk pulang ke kampung. Misha kemudiannya juga memberi pesanan buat orang supaya terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan bersama-sama #kitajagakita.

Sumber: Instagram Misha Omar

Via http://www.terengganutv.bbn.my/2021/05/10/ingak-demo-soghey/.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*