Bangga Skandal Dengan Suami Orang, Elly Mazlein Tergamam Dengar Pengakuan ‘Berani’ Wanita Ini

Episod terakhir program Borak Kelamin yang dihoskan oleh gandingan pengacara, Elly Mazlein dan Awal Ashaari telah pun bersiaran, pada Isnin.

Pada episod kali ini, program yang membincangkan mengenai isu kekeluargaan ini telah membahaskan topik hangat iaitu ‘Skandal Lunchtime’.

Antara tetamu undangan yang dijemput untuk berkongsi pandangan mengenai isu ini termasuklah pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz ini ada berkongsi mengenai pergolakan rumah tangganya yang pernah berlaku sebelum ini.

Malah, menerusi perkongsian di laman Instagram, Elly dilihat ada memuat naik sebuah video teaser yang memaparkan temu bualnya eksklusifnya bersama seorang wanita yang difahamkan telah menjadi punca kepada berlakunya k3s cvrang melibatkan lima lelaki berstatus suami orang.

Video berdurasi hampir 30 scat itu nyata menarik perhatian ramai pihak Iebih-Iebih lagi selepas melihat reaksi Elly yang cubanmenahan rasa marh sewaktu temu bual tersebut sedang berlansung.

Malah, Awal juga dilihat tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejutnya saat mendengar pendedahan daripada wanita tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram selain turut mengecam tindakan wanita tersebut.

“Muka Kak Lina tak boleh nak cover dah bila Tasya to tanpa rasa segan silu dan bangganya menceritakan kemaksiatan dia.

“Mesti Kak Lina pun tahan geram macam kami,” luah seorang individu.

“Hahaha, mengekek saya gelak tengok gelagat Kak Kepom. Marah Betoi tu,” komen seorang individu di Instagram.

“Muka Kak Lina menahan geram je semalam. Awal pun macam terkedu,” kongsi individu lain pula.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*