Syatilla Kongsi Gelagat Suami Bila Diminta Jaga Anak Kejap je, Buat Ramai Terhibur

Kita biasa dengar ibu lebih grang dalam mendidik anak-anak dan ayah pula lebih lembut. Mungkin kerana anak lebih banyak masa dengan si ibu kan.

Boleh nampak cara si ayah dan ibu ketika bersama anak-anak. Pun begitu, tak dinafikan ada juga ayah yang sangat teliti mengawasi anaknya ketika ketiadaan ibu dan ada juga yang sebaliknya.

Sebenarnya admin nak kongsikan kisah pelakon, Syatilla Melvin memuat naik luahan di laman Instagram miliknya mengenai telatah suaminya, Shaheizy Sam apabila diminta ‘menjaga’ anak mereka.

Aku ni mintak tlg tengok anak kejap Je sebab nk cuci toilet bilik. Hbis cuci ni yg aku dapat.

Dagu ibu sampai mcm tu keadaan diau @sarima samheizy yang si bapak xpayah cakap lah, siap bertilamkan sejadah,mungkin dia boleh bgi alasan tertidoq lepas sembahyang
Sebb tu kalau bapak bawak keluaq anak, aku jdi xtenteram kt rumah. Sapa sama?4ulaki sapa mcm ni jugak? 

Rupanya apabila suami diberi tanggungjawab menjaga anak kecil, pelbagai ragam dan celoteh dapat disaksikan oleh para ibu sehingga kadang itu, mak-mak cuma boleh pasrah sahaja.


Perkongsian Syatilla atau dengan nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini jelas menerangkan reaksi dirinya yang amat terkejut setelah melihat perilaku suaminya yang telah tertidur ‘sambil’ menjaga anak.

Memang panas je hati kan dengan situasi begini, tetapi dalam masa yang sama terselit perasaan lucu dila diingatkan kembali. Nak march lama-lama terus tak jadi kan.

Akhirnya hati sejuk kembali. Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 . hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa lucu dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Sam. Tak kurang yang berkongsi pengalaman yang sama seperti Syatilla.

Sumber : https://www.keluarga.my/penat-main-polis-tembak-tembak-agaknya-ni-syatilla-kongsi-gelagat-suami-bila-diminta-jaga-anak-buat-ramai-terhibur/

 

Artikel Sebelum Ini

Seronok Turun Padang Meniaga, Shaheizy Sam Tak Peduli Dengan Mulut Orang – “Zaman Glamour Untuk Saya Dah Berlalu ..”

Pelakon terkenal Shaheizy Sam, 39, menganggap zaman kegemilangannya sebagai anak seni sudah lama berlalu.
Menurut Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad berkata tidak pernah timbul perasaan malu dan segan untuk turun padang meniaga bersama pasukan di kawasan tempat awam.

“Zaman glamour untuk saya dah berlalu.. bila saya turun padang (meniaga di bazar), ia bukan tentang saya. Sebaliknya ia mengenai pembeli dan peminat yang selama ini sentiasa menyokong produk saya.

“Kenapa saya tak boleh sokong mereka (pekerja) sedangkan mereka bersengkang mata, berdiri untuk menjual produk saya? Saya kena menjaga mereka, sebagaimana mereka menjaga saya.

“Sekarang ini bukan fasal status, kalau saya seorang yang jaga status sudah tentu saya hanya akan turun event yang diadakan di hotel sahaja.
“Bagi saya, power (popular dan terkenal) macam mana pun, mati nanti jadi tanah juga. Orang lain juga yang turun liang tanamkan kita,” katanya kepada Gempak.

Sam ditemui ketika majlis perasmian Bazar Ramadan Gelek Raya 2021 yang diadakan di Aeon Big, Seksyen 23, Shah Alam, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 2 enggan mengambil pusing dengan kata-kata orang luar kerana setiap individu mempunyai hak untuk bersuara.

“Saya memang tak peduli dengan kata-kata orang lain. Saya tak kisah.. Semua orang ada mulut, semua orang boleh bercakap.
“Saya memang telah diajar macam ini, bukan produk saja termasuk dengn filem. Contoh bila filem saya ditayang di pawagam, saya turun ke sana untuk berjumpa dengan orang yang sokong saya. It’s the same things,” katanya lagi.

Article sebelumnya,

Tumpu Bidang Perniagaan Berbanding Lakonan, Shaheizy Sam Memilih Berlakon Karya Yang Bagus.

Aktor hebat Shaheizy Sam mengakui memperlahankan kariernya sebagai pelakon bagi mencari kepuasan dalam bidang perniagaan.
Menurut Sam, dia tidaklah menolak terus sebarang tawaran lakonan yang datang cuma lebih mengamalkan sikap selektif dalam memilih karya.

“Tawaran yang diterima memang banyak tapi ramai mengetahui Sam memang nak slow down dalam lakonan. Tapi Sam tetap akan berlakon cuma Sam akan memilih karya dan pengarah yang bagus, skrip yang berkualiti, Sam akan buat.
“Sejak dari tahun 2015 lepas Polis Evo yang pertama Sam dah mula slow down. Ada yang setahun dua filem, setahun satu. Bukan Sam tak suka bidang lakonan malah Sam cintakan bidang tersebut.
“Tetapi, Sam nak mencari kepuasan dalam bidang perniagaan. sehinggalah Sam jadi duta sebuah jenama ni dan belajar berniaga. Kini Sam dah dapat momentum berniaga, isteri pula memang berjaya dengan produk dia,” ujar Sam kepada Gempak.

Sam ditemui sewaktu majlis pelancaran produk terbaharunya Syoklat! SyokoTube yang diadakan di Putra Glass Hall, Selangor pada Jumaat.
Tambah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 menerusi filem Songlap ini, dia sendiri mahu pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan dan pada masa yang sama membantu mereka yang ingin mencari sumber kewangan lain dalam musim pandemik ini.
“Sam percaya bila orang rasa tube coklat ni, mereka akan percaya pada jenama ni. Setakat ni kami hanya menjual menerusi ejen sebab dalam situasi pandemik ni, orang nak cari pendapatan lebih.


“Kami buka untuk jadi ejen pun tak mahal dalam RM85 sahaja, kami bagi peluang untuk orang cuba. Kami dah ada ejen di seluruh Malaysia dan sehingga kini ia telah terjual lebih 100,000 tube dalam masa dua minggu,” ujar Sam lagi.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/tumpu-bidang-perniagaan-berbanding-lakonan-shaheizy-sam-memilih-berlakon-karya-yang-bagus-49019

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*