Tunang jual lemang kumpul duit kahwin,Elisya Sandha terharu usaha bakal suami

Baru-baru ini, pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa terharu apabila tunangnya, Uzair Haqimy sanggup berniaga lemang demi mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Bakal suaminya yang juga merupakan anak kepada pelakon Sheila Rusly itu menjual lemang sempena sambutan Ramadan dan bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu memuat naik ‘posting’ bersahur lemang pemberian buah hatinya itu.

Pelakon itu memuji air tangan bakal suaminya dan mengakui tersentuh dengan kegigihan Uzair menjual lemang.

“Salam sahur ❤️ encik tunang ada hantar lemang. All the best i doakan you selalu @uzairhaqimy69 katanya nak cari duit kahwin (sweet kan? Suka buat orang touching),”tulisnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, Uzair turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih pada ‘posting’ buah hatinya tersebut. Malah, dia turut menyatakan sanggup melakukan apa sahaja demi masa hadapan keluarga mereka kelak.

Nampak sedap!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Elisya menyatakan tidak sabar ingin merasa lemang jualan tunang pelakon berusia 22 tahun berkenaan.

Pelakon Elisya Sandha mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 31 Januari 2021 lalu.

Sumber : https://ohmymedia.cc/gigih-jual-lemang-elisya-sandha-terharu-usaha-bakal-suami-kumpul-duit-kahwin/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*