Permaisuri Agong Berkongsi 4 Makanan Kegemaran Tengku Ahmad, Tiba-tiba Ramai ‘Cuba Nasib’ Mahu Jadi Menantu

Dengar cerita ada yang take note makanan kegemaran Tengku Ahmad, siap nak belajar resipi ye.

Apabila melihat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pasti segelintir dari kita akan teringat pada ibu kita dek kerana sifat baginda yang mesra, penyayang, merendah diri dan suka berkongsi aktiviti memasak di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian terbaharu, baginda ada berkongsikan beberapa foto dan video sedang memasak juadah kegemaran anakandanya iaitu Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni AI-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AI-Mustafa Billah Shah ataupun “T.aimshah” seperti yang digelar oleh permaisuri agong di kapsyen hantaran di Instagram.

Nampaknya bukan hanya 1 juadah, tetapi 4 juadah lauk pauk yang dikongsikan oleh baginda dan kesemuanya merupakan makanan kegemaran anak lelakinya itu, antaranya ialah samba! petai, ayam roasted ostolia, gulai nenas udang dan bergedil.

 

Gulai nenas udang ini juga FAVE Hero Malaysia..T.Aimshah

ayam roast ostolia ni juga fave Hero Malaysia , ..t.aimshah to bijik mata saya

paling fave Hero Malaysia ialah petal ikut Mak dia

ini fave Hero Malaya …. t.aimshah bergedel

Alahai terliur lah min melihat kesemua 4 juadah yang dikongsikan baginda…
Jom kita tengok reaksi pengikut-pengikut baginda di Instagram, dengar cerita ada yang take note makanan kegemaran Tengku Ahmad, slap nak belajar resipi ye

Ok semua wanita..bljaq2 lah buat gulai ni yah…

 

HAHAHAHAH Tuanku excited nak dpt menantu ke?

Sumber :https://www.hotfm.com.my/hotupdate-kongsii-4-makanan-kegemaran-tengku-ahmad-ramai-cuba-nasib-mahu-jadi-menantu-permaisuri-agong/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*