Manjanya.. Neelofa Raikan Aidilfitri Kali Pertama Dengan PU Riz Setelah Bergelar Isteri

Neelofa kelihatan manja dengan PU Riz melalui foto-foto yang dimuat naik.

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2021, pasangan selebriti popular Noor Neelofa dan Haris Ismail meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama kali pertama tahun ini.

Keceriaan terserlah pada pasangan itu melalui satu hantaran yang dikongsikan Neelofa di Instagram miliknya.

Neelofa dan Haris dilihat bersederhana dalam busana serba biru gelap yang dipakai mereka.
Neelofa juga dilihat manja di samping suami tercinta.


Sementara itu, Para peminat tidak ketinggalan untuk memberi ucapan hari raya buat mereka melalui ruangan komen.

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-manjanya-neelofa-raikan-aidilfitri-kali-pertama-dengan-pu-riz-setelah-bergelar-isteri/

 

Artikel Sebelum ini

“Selain Memperbanyakkan Ibadah, Tidak Terkecuali Amalan Sedekah,” Neelofa Ajak Ramai Berinfaq

Bersempena dengan 10 malam terakhir Ramadan, usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa ada memuat naik mengenai infaq yang dijalankan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa sekaligus mengajak raffia’ untuk melakukan infaq.

Jelasnya selain memperbanyakkan ibadah, bantuan yang dihulurkan oleh mereka yang berkemampuan dilihat mampu membantu golongan yang memerlukan.

“10 malam terakhir Ramadan – antara malam-malam yang digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah. Tidak terkecuali amalan bersedekah.

“Insya-AIIah, sumbangan ikhlas anda bakal memberi sinar untuk mereka untuk minggu terakhir bulan yang mulia ini,” tulisnya lagi.

10 malam terakhir Ramadan – antara malam-malam yang digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah. Tidak terkecuali amalan bersedekah.

Justeru, molek kiranya jika ada antara anda yang berkemampuan, saya ingin mengajak anda semua untuk sama-sama berinfaq Iftar Box Pertubuhan Kasih Neelofa supaya kita sama-sama dapat membantu mereka yang memerlukan.
Untuk pengetahuan, Iftar Box ini akan diagihkan secara berkala dan secara berterusan sepanjang Ramadan.

Insya-AIIah, sumbangan ikhlas anda bakal memberi sinar untuk mereka untuk minggu terakhir bulan yang mulia ini.

Pertubuhan Kasih Neelofa

Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia bertujuan bagi menjalankan kerja dan aktiviti kebajikan untuk kepentingan masyarakat. Organisasi ini ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang didorong oleh kasih sayang sesama manusia.

Tentang Kasih Neelofa

Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia bertujuan bagi menjalankan kerja dan aktiviti kebajikan untuk kepentingan masyarakat. Organisasi ini ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang didorong oleh kasih sayang sesama manusia. Kata Kasih merujuk kepada cinta kepada Allah SWT dan ciptaanNya. Manakala, perkataan Neelofa diambil dari nama ketua organisasi ini, Cik Noor Neelofa Binti Mohd Noor. Organisasi ini juga ditubuhkan untuk membantu individu yang memerlukan terutama dalam warga emas, anak yatim, ibu tunggal, mualaf (yang baru memeluk Islam), orang miskin dan orang kelainan upaya (O.K.U) melalui program amal, perkongsian pengetahuan, latihan dan aktiviti kemasyarakatan.

Cerita Kasih Neelofa

Pertubuhan Kasih Neelofa bermula ketika Perlembagaan berkuatkuasa pada Jun 2020. PKN bekerja di lebih 14 buah negeri di Malaysia. Kami juga bergerak ke 16 buah bandar untuk membantu komuniti dan mengusahakan projek kelestarian. Ia sejajar  dengan harapan dapat memberi perkhidmatan dan pemberian yang lebih baik. Projek pertama PKN adalah Qurban Kasih Aidiladha tahun 1441H dengan lebih daripada 20,000kg daging diedarkan ke seluruh Malaysia. Banyak lagi projek yang akan datang. Pasukan kami terdiri daripada rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dengan tujuan ibadah kerana Allah SWT dan menyantuni orang lain, tanpa mengira bangsa, agama, budaya atau sempad