“Tahun Ni Dukung, Tahun Depan Daddy Kejar.’ Fazura Kongsi Gambar Raya, Bikin Ramai Cair Dengan Fatima..Comelnya Fatimah

Siapa yang tak geram melihat wajah puteri kesayangan pasangan sama cantik sama padan, Nur Fazura dan Fattah Amin ini. Wajahnya yang comel dengan senyuman manis itu membuatkan ramai yang teruja.

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Wajah comel Nur Fatima Aisya pastinya diwarisi oleh baka cantik dan kacak ibu bapanya.

Terbaru, gambar keluarga ini menjadi tumpuan peminat yang sememangnya tak sabar untuk melihat penampilan pertama Fatima Aisya bersama ayah dan mummy sempena hari raya.

Melihatkan senyuman manis yang dilemparkan si kecil ini membuatkan ramai yang geram dan cair. Pandainya dia melihat ke arch kamera sambil memberikan senyuman manis.

Dua keping gambar dimuat naik Fazura untuk penampilan mereka sekeluarga sempena hari raya. Tampak simple dengan pilihan rona merah jambu tetapi menyerlahkan penampilan.

Rata-rata berkongsi ucapan hari raya buat pasangan ini selain turut memberi komen geram dengan kecomelan Fatima.

aizataidid Wow wow wowwww.
Loveeenyaaaaaa. Selamat hari raya

yanabaharudin Manissssnyaaaaaaa. Selamat hari raya guysssss

lailatoolsari Comet nya sikecik tuuuu

fauziah.zye868 Comet nya Fatima..mesti bila dah besar cantik secantik mommy dia..

norilla_ ig Salam aidilfitri Faz & family. Stay safe & healthy. Fatima is so cute in pink just like mummy.

 

Dari pagi tunggu gambar

wohidah.zabidi most awaited photo so cute fatima

robrajamohan Selamat Hari Raya missfazura tersangatlah cantik! Fatima cute sangat!

zahas_ collection Dr pg tertunggu gambar Fatima…Selamat Hari Raya Fatima..why so cute

fuzzynotwuzzy Salam Aidilfitri Fattah, Fazura & Fatima yg fttearnPink. Comelnya Fatimaaa #yangditunggumunculjua
azreenishak Adore lar dgn family gmissfazura humble n simple

Sumber: ig missfazura

 

Artikel Sebelum ini

“Pandainya, Nak Suap Sendiri” Fatima Cukup Enam Bulan, Fazura Teruja Suapkan Anak Makan!

Pengalaman menyuapkan anak makan buat pertama kalinya menjadi momen paling berharga buat ibu. Debaran untuk melihat reaksi anak sudah semestinya ditunggu-tunggu malah bimbang anak tidak mahu makan turut menjadi keraguan bagi semua ibu bapa.

Pelakon Fazura dan Fattah Amin turut merasai pengalaman pertama kali ini selepas cahaya mata sulung mereka, Nur Fatima Aisya kini sudah pun mula makan makanan pejal setelah kini berusia enam bulan.

Melalui satu entri yang dikongsikan di instagram rasmi pasangan ini, Fazura turut memuat naik sebuah video ketika suapan pertama Fatima. Menariknya kata Fazura, detik ini adalah detik yang ditunggu-tunggu olehnya dan Fattah.

Perasaan teruja dan berdebar untuk melihat Fatima makan dikala usianya enam bulan sudah semestinya menjadi detik terindah bagi pasangan ini.

Happy 6 months our Fatima .

“Syukur Alhamdulillah. Hari Jumaat, hari Fatima,” katanya berkongsi usia Fatima.

Malah kata Fazura, hari ini merupakan hari yang amat ditunggunya bersama Fattah.

“Genap 6 bulan hari ini sayang Fatima and of course here’s the day we’ve been waiting for, Fatima finally gets to have her first meal,” kongsinya.

Fatima Nak Suap Sendiri

Seronok melihat aksi Fatima yang cukup teruja untuk makan. Sambil dipangku daddynya, Fatima nampak teruja malah nampak cukup berselera untuk menikmati bubur yang dicampurkan dengan sedikit susu.

Paling menarik, biarpun setelah beberapa suapan, Fatima kembali menarik mangkuk bubur yang diletakkan ibunya untuk menikmati suapan seterusnya. Malah menarik sudu dengan tangannya sendiri seolah-seolah untuk menyuapkan sendiri ke mulutnya. Berseleranya Fatima!

Video berdurasi empat minit itu sudah semestinya menerima pelbagai reaksi daripada seluruh pengikut pasangan ini. Rata-rata cukup terhibur melihat aksi comel Fatima dan keterujaan Fatima menikmati makanan pejal pertamanya

Makin semangatlah awak nanti Fatima! Happy eating!!

“Happy 6th months Fatima.Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk mata dan hati mummy and daddy”.

“Comel sangat ni. Nak makan sendiri dah dia, pandai baby you still a baby girl”

Semoga Fatima terus membesar dengan sihat dan berselera untuk menikmati setiap menu yang diberikan ibu dan ayahnya.

Terdahulu, Nur Fatima Aisya selamat dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu dan kini Fatima menyambut ulang tahun kelahirannya setelah memasuki usia enam bulan.

Gelak Tu Cute Sangat, Hampir 4 Bulan, Comelnya Fatima Ketawa Tak Berhenti Diagah Daddy..

Sumber : https://www.majalahpama.my/pandainya-nak-suap-sendiri-fatima-cukup-ejam-bulan-fazura-teruja-suapkan-anak-makan/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*