Bergambar ‘berpelvkan’ macam dah kahwin, netizen teg0r foto Elisya Sandha & tunang

Tak dinafikan lagi, ramai teruja apabila kekasih hati bertandang ke rumah untuk meraikan hari raya bersama bakal keluarga masing-masing.

Begitulah seperti yang dilakukan oleh pelakon Elisya Sandha bersama tunang tercinta, Uzair Haqimy yang juga merupakan anak sulung penerbit dan pelakon Sheila Rusly.

Teruja raya bersama selepas bertunang

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagran, tunang adik kepada Fasha Sandha itu memuat naik gambar mereka bersama tatkala merayakan Aidilfitri dengan keluarga.

“Selamat hari raya dari kami sekeluarga,” tulis Uzair di ruangan kapsyen.

Dah kahwin ke?

Namun apa yang menjadi perhatian para netizen adalah ‘keintlman’ pasangan apabila mereka dilihat berpelvkan walaupun masih belum berkahwin.

Malah, ada segelintir yang berseloroh tentang hubungan mereka, menyamakan seperti pasangan yang sudah berkahwin.

Untunglah mak bapak sporting

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen menegvr tindakan mereka yang dianggap ‘kurang manis’ apatah lagi, hubungan keduanya masih belum halal.

Jangan lah post gambar mengundang fitn.ah

Seronok ya

Tahniah!

Belum kahwin dah berpelvkan

Sila jaga batas

Untuk rekod, pelakon Elisya Sandha mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 31 Januari 2021 lalu.

Sumber: Instagram Uzair Haqimy

via https://ohmymedia.cc/posing-berpelukan-macam-dah-kahwin-netizen-tegur-foto-elisya-sandha-tunang/

Tunang jual lemang kumpul duit kahwin,Elisya Sandha terharu usaha bakal suami

Baru-baru ini, pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa terharu apabila tunangnya, Uzair Haqimy sanggup berniaga lemang demi mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Bakal suaminya yang juga merupakan anak kepada pelakon Sheila Rusly itu menjual lemang sempena sambutan Ramadan dan bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pelakon itu memuji air tangan bakal suaminya dan mengakui tersentuh dengan kegigihan Uzair menjual lemang.

“Salam sahur ❤️ encik tunang ada hantar lemang. All the best i doakan you selalu @uzairhaqimy69 katanya nak cari duit kahwin (sweet kan? Suka buat orang touching),”tulisnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, Uzair turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih pada ‘posting’ buah hatinya tersebut. Malah, dia turut menyatakan sanggup melakukan apa sahaja demi masa hadapan keluarga mereka kelak.

Nampak sedap!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Elisya menyatakan tidak sabar ingin merasa lemang jualan tunang pelakon berusia 22 tahun berkenaan.

Pelakon Elisya Sandha mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 31 Januari 2021 lalu.

Sumber : https://ohmymedia.cc/gigih-jual-lemang-elisya-sandha-terharu-usaha-bakal-suami-kumpul-duit-kahwin/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*