Berbaju ala pengantin duduk di pelamin, Da’i Farhan & bekas isteri pertama dah rujuk?

Suatu ketika dahulu, media pernah dihebohkan dengan krisis rumah tangga Da’i Farhan bersama kedua-dua bekas isterinya, Fatin dan Erin.

Di bulan Syawal ini, timbul pula kisah baru tentang pendakwah bebas tersebut. Nak tahu apa dia? Jom baca selanjutnya~

Seperti insan lain, pada hari raya pertama pemilik nama Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad itu memuat naik gambar sambutan raya di IG Story miliknya, semalam.

Namun, apa yang jadi perhatian adalah dia dilihat bergambar bersama bekas isteri pertamanya, Fatin Nur Ain serta kedua anak mereka.

Bukan itu sahaja, gambar-gambar itu turut memperlihatkan pasangan itu mengenakan busana seperti pengantin, siap bermahkota’ dan duduk ‘bersanding’ di pelamin.

“Alhamdulillah syukur, kami berkahwin krn Allah & kami berpisah juga krn Allah..bahagia hati dpt melafazkan kalimah itu pada dirinya
Bermula dgn kisah di satu mlm, sy mengambil tel bimbitnya di dapur utk mencari sebuah jawapanialu sy terus masuk ke bilik dan kunci pintu, maka mengamuk Ih dia bagai jantan krn tahu akan terbuka segala aib nya, rancangan jahatnya serta komplotnya dlm meraih simpati netizen kononnya dia adalah mangsa penganiayaan..dia memukul pintu bilik sekuat hati selama hmpir 15 minit, sampai lebam2 tangannya..tahu2 dia buat report polls, katanya dipukul oleh suami & dikurung oleh suami..sudah2 lah menipu wahai Ustazah Fatin ye..si Ches pun ada dlm tel dia, saya dh ambil semuanya utk dibuktikan di mahkamah nanti

Alhamdulillah Allah mudahkan, Allah buka jln padaku utk lebih kenal siapa dia Ustazah Fatin & Ches serta apa hubungan istimewa antara keduanya..daku istikharah selama seminggu dan buat keputusan utk trus melafazkan cerai..setakat ini shj jodoh kami sebagai suami isteri, tetapi sebagai AYAH dan IBU kpd anak2 kami tetap selamanya sampai syurga

Wahai netizen semua, nilailah dgn mats hati & akal fikiran yg Allah kurniakan..bnyk hikmah kebaikan buat kami melalui penceraian ini..inilah yg disebut dgn Perpisahan yg Membahagiakan..wallahu a’lam ”

Kini, timbul persoalan dalam fikiran netizen adakah mereka sudah berbaik dan kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri. Hmm.. Jika dinilai menerusi gambar yang dikongsi oleh Farhan, nampaknya begitulah.

Buang yang keruh ambil yang jernih. Apa pun, doakan yang terbaik buat pasangan itu, ya. Sama-samalah kita nantikan penjelasan mereka kelak (jika ada).

Sumber: Instagram Da’i Farhan

via https://ohmymedia.cc/baju-ala-pengantin-duduk-di-pelamin-dai-farhan-bekas-isteri-pertama-dah-rujuk/
Artikel Sebelum itu

Aura wanita ke-19 dah pudar… Dail Farhan ceral isteri sedang hamil, ulang sejarah lama

 

ISTERI bagi perkahwinan kedua pendakwah bebas, Dai Farhan yang dikenali sebagai Dr Erin mengesahkan dia sudah diceralkan suaminya itu pada hujung April lalu.

Menurut Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqinn Mohd Radzi, 40, penceralan itu atas permintaannya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain.

“Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan ceral kepada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan.

 

Erin dedah status rumah tangga di instagram.

Sementara itu, Erin memaklumkan dia mengizinkan Da’i Farhan atau Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, untuk kembali kepada bekas isteri kerana suaminya itu enggan berpisah jauh dengan anak-anak sejak Februari.

Sepanjang tempoh tersebut, Erin mengakui pasrah menantikan waktu diceralkan suami sehinggalah mendapat perkhabaran sudah hamil baru-baru ini.

“Pada 11 Februari lalu saya nnengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya, ustaz cakap dia tak boleh berjauhan dengan anak-anak.

“Pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh… tapi dengan menceralan saya sebab mentua dia takkan bagi anak dia bermadu… sebabkan terlalu sayang ustaz, saya cakap pada ustaz bawa saya jumpa mak ustaz dan bekas madu untuk saya serahkan ustaz balik.

 

 

“Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on.

“Perceralan ni saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak ceralkan saya, kejap tak jadi cerailsaya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya, kejap nak ceral balik… saya tahu ustaz pun serba salah kerana itu saya memilih untuk diceralkan denaan rela.” katanva menerusi Instaaram Dada malam Selasa.

Erin mengalah demi kebahagian suami dan anak-anak.
“Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa daripada ustaz, cuma menunggu masa nak diceraikan saja. Sejak bulan Februari nak cerai ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan demi kebaikan semua tapi saya tahu mengandung pula… tapi saya nekad dengan keputusan untuk mengakhirinya,” ujarnya.

Menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka, Erin meminta masyarakat tidak lagi mengaitkan dia dengan pendakwah bebas tersebut.
Dalam masa sama, dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tergores hati sepanjang perkahwinannya dengan Nik Farhan.

“Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan ustaz dengan saya, apa-apa yang saya post adalah atas diri saya sendiri yang hina ini, yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.

 

Pasangan ini bercerai ketika Erin sedang harnil.
“Biarlah ustaz jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan… akhir kata saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tergores hati dan terkesan atas pernikahan saya dengan ustaz. Saya tak minta jadi macam ni.

“Saya terima lamaran ustaz dulu kerana ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam diri ustaz masa to dan saya sangat berharap ustaz boleh membawa saya ke syurga,” katanya.

Pada November tahun lalu, perkahwinan Nik Farhan dengan janda anak lapan iaitu Erin di Makkah mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.
Bagaimanapun, Nik Farhan kemudiannya mengambil keputusan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka dan perceraian dengan talak satu itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatApps.

Pada awal Mac lalu, Dr. Erin dihadapkan ke Mahkamah Majsitret Kuala Lumpur atas tuduhan menlpu.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.

Sumber : https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2020/05/06/aura-wanita-ke-19-dah-pudar-da039i-farhan-cerai-isteri-sedang-hamil-ulang-sejarah-lama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*