Aku Suhana, Umur 11 jadi yatim piatu. Makcik Pakcik ambil alih jaga aku. Yg sedihnya hanya dibenarkan sekolah tp ada benda yg perlu aku buat…

Salam semua. Nama aku Suhana (nama samaran) berumur 24 tahun dan sudah berkahwin dengan seorang anggota tentera.

Aku kehilangan kedua ibubapa ku ketika aku berumur 11 tahun akibat kmalangan jalan raya.

Dan setelah itu aku dibesarkan dan dijaga oleh Pak Cik dan Mak Cik aku. Sepanjang tempoh aku tinggal bersama mereka hanya air mata yang menemaniku.

Aku dilayan seperti anak tiri dan pendek kata aku dibesarkan seperti seorang h4mba abdii.

Selepas dua tahun di sana aku pulang semua ke kampung. Pak cik dan mak cik seperti biasa melayan aku acuh tak acuh. Sehinggalah aku memberitahu mereka yang aku ingin berkahwin.

                 Gambar Sekadar Hiasan

Mereka melarang sekeras kerasnya. Mereka kata aku tak boleh berkahwin kerana aku perlu menjaga mereka. Anak mereka yang sulung sudah belajar di ]ohor.

Jadi tiada siapa yang boleh menjaga mereka. Tetapi aku berkeras. Aku tak ma hu menderita lagi. Anak mereka yang bongsu menarik rambut aku dan makcik melempang muka aku.

“Itulah degil aku cakap tak payah jadi tak payah lah!” jerit mak cik. Aku menangis. Aku menelefon suami aku ketika itu dan dia datang ke rumah makcik.

Suami bercakap baik baik dan mak cik mula memburukkan aku. Aku hanya mampu menangis dan mak cik kata aku perlu jaga pakcik yang sakit sebagai balasan mereka menjaga aku dulu. Tetapi suami aku berkeras. Dia bawa aku keluar dari rumah itu.

Aku dibenarkan bersekolah itupun jika aku mencari duit sendiri. Maka setelah tinggal bersama mereka aku bekerja di sebuah kedai runcit di dalam kampung ku.

Sehinggalah aku dipaksa berhenti sekolah oleh mak cik aku kerana ketika aku di tingkatan tiga, pak cik diserang sakit kencing manis dan terpaksa dipotong kaki.

Bermulalah episod deritaku yang seterusnya, sejak menjaga pak cik aku sudah tak boleh menjahit. Hasil pencarian aku terbantut. Makan minum aku terabai.

Bukan mak cik tidak beli lauk, dia beli tetapi mereka sorokkan dari aku. Kadang-kadang kalau aku lapar aku pergi kerumah sahabat baik aku dan menceritakan padanya jadi dapat lah aku sedikit makanan.

Pak cik juga sebenarnya berperangai m1ang keladi. Dia selalu bercakap kotor dengan aku ketika makcik tiada di rumah. Sungguh aku takut.

Akhirnya ketika aku berumur 18 tahun aku berhijrah ke Langkawi untuk mencari kerja dan di sanalah aku bertemu dengan suami aku sekarang.

Semua urusan perkahwinan aku dan keluarga suamiku yang uruskan. Mak cik dan pak cik langsung tidak ambil tahu.

 

Sehinggalah kami pulang semula ke kampung dan memberikan kad jemputan perkahwinan. Aku sangkakan mereka tidak ingin datang ke majlis kami tapi sangkaan aku meleset, mereka datang dengan wajah yang sukar ditafsirkan.

Mak cik menghampiri aku dan memeluk tubuhku. Dia menangis dan meminta maaf. Aku degan rela hati memaafkan.

Sehinggalah tiga bulan selepas itu aku disahkan hamil mak cik datang bersama anak sulungnya.

Suamiku ada di rumah ketika itu, aku menjemput mereka duduk. Mak cik menjuihkan bibir ketika suami aku melabuhkan punggung di sebelah aku.

“Mak cik datang ni nak meminang suami kau untuk Nina.” jatuh jantung aku. Suami aku mengerutkan dahi. Tanda tidak mengerti.

Suami aku menanyakan maksud makcik yang sebenar. Rupanya Nina telah mencintai suami aku. Suami aku menolak secara baik. Dan selepas itu tiada lagi cerita dari mereka. Ada juga aku pulang untuk melawat tetapi mereka tiada di rumah.

Aku merancang raya pada tahun ini aku ingin menjahit baju raya untuk mereka empat beranak.
Aku ingin berbaik dan aku sebenarnya tidak berdendam. Aku dengar cerita dari kawan aku di kampung mereka sekarang hidup susah.

Ahlong cari mereka kerana Nina meminjam duit ahlong untuk memulakan perniagaan tetapi perniagaan itu hanya bertahan separuh jalan.

Doakan kami dapat bersatu semula dan semoga pakcik dan makcik dapat berubah ke arah yang lebih baik. Sejauh mana jahat pun mereka mereka juga yang menjaga aku walaupun aku terabai tetapi aku tetap sayangkan mereka.

Pengajaran dari cerita aku ini adalah kita tetap harus memaafkan walaupun sebesar mana kesalahan orang terhadap kita. Kerana kita juga hamba Allah yang kerap melakukan dosa. Salam Ramadhan. -Suhana.

 

Sumber : http://seleksimedia.com/2020/09/25/aku-suhana-umur-11-jadi-yatim-piatu-makcik-pakcik-ambil-alih-jaga-aku-yg-sedihnya-aku-hanya-dibenarkan-sekolah-tp-ada-benda-yg-perlu-aku-buat/?fbclid=IwAR1pPDx1rxSCQxrfs2-RVv6MWONr6YJwDbuqZWDWEUxo_10ZYbBjpAMJCsI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*