Uncategorized

“Assalamualaikum Ayah, Sihat?” – Cantiknya Anak Ustaz Ebit Lew, Ramai Mencuba Jadi Menantu

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew bersyukur kerana dikurniakan anak perempuan yang sangat mendengar kata.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Ebit memberitahu anak perempuan sulungnya yang diberi nama Airis Safiyyah, 12, merupakan seorang anak yang baik.

“Selalu pergi mana-mana orang ajak selfie. Ni Safiyyah Lew ajak selfie. Selamat hari raya anakku. Apa misi ayah lepas ni? Ayah mesti penatkan? Ayah rehatlah sikit. Kasihan ayah.

“Doakan ye anakku… Ayah buat semua ni cuma kerana ingin menunjukkan sikit rasa syukur pada Allah. Terima kasih pada Allah.

“Dari kecil sampai sekarang dia dengar doa ayah. Tak berhenti buat baik pada kita. Yang beri semuanya. Tiada kita punya. Semuanya milik Allah.

“Anak sulung ayah. Terima kasih bidadariku melahirkan dan jaga anak-anak ni semua. I love you bidadariku.

“Wahai anakku, betapa ayah sangat menyayangimu. Jadilah anak yang menjaga solat dan menjaga agama.

“Sayangi dan memuliakan umi yang melahirkan dan menyayangimu. Teruskan kerja memberi manfaat untuk ummah sehingga hari kita bertemu dengannya,” coretnya.

Bagaimanapun, foto yang merakamkan Ebit bersama Safiyyah itu mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya terpegun dengan kelembutan dan kecantikan wajah Safiyyah yang tersenyum sewaktu mengambil swafoto bersama bapa kesayangannya.

Netizen hari ini mengambil kesempatan bergurau dengan Ebit Lew gara-gara tindakan penceramah popular tersebut memuat naik gambar anak perempuannya, Safiyyah di laman Facebook.

Ebit dalam satu hantaran hari ini berkata, gambar dimuatnaiknya itu merupakan selfie yang diambil bersama-sama Safiyyah setelah diminta berbuat demikian oleh anaknya tersebut.

“Selalu pergi mana-mana orang ajak selfie. Ni Safiyyah Lew ajak selfie. Selamat hari raya anakku. Apa misi ayah lepas ni? Ayah mesti penatkan? Ayah rehatlah sikit. Kasihan ayah.

“Doakan ye anakku. Ayah buat semua ni cuma kerana ingin menunjukkan sikit rasa syukur pada Allah. Terima kasih pada Allah. Dari kecil sampai sekarang dia dengar doa ayah. Tak berhenti buat baik pada kita. Yang beri semuanya. Tiada kita punya. Semuanya milik Allah,” katanya hari ini.

Pengguna Facebook bernama Syazwan Sharudin berkata, dia bermimpi malam semalam bahawa bapa mentuanya menyerupai wajah Ebit.

“Malam tadi mimpi ayah mentua muka sama mcm ustaz…hmm,” katanya.

Khairul Azim pula berkata: “Masyallah. Ayah rehatlah dulu, nanti saya pikul tanggungjawab ayah pulak.”

Menurut Muhd Kamal pula, dia berharap agar Ebit berehat dan menyerahkan tanggungjawab membantu orang ramai bersama-sama dengan Safiyyah.

“Ayah Ebit rehatlah. Dah tiba giliran saya dengan Safiyyah pula untuk teruskan misi dan perjuangan ayah Ebit. Insya-Allah,” katanya. – K! ONLINE

 

 

Untuk rekod, hasil perkahwinan hidup bersama isteri tersayang, Ebit dikurniakan empat orang cahaya mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *