Uncategorized

“PKP BANYAK MASA NAK MEMFITNAH EK!” SHEILA RUSLY SELAR INDIVIDU REKA CERITA TENTANG DIRINYA DENGAN JANNA NICK

Pelakon dan produser Sheila Rusly menempelak seorang pengguna Twitter yang mendakwa tahu tentang kisah yang berlaku di sebalik ‘pergaduhan’ dengan dramatis Janna Nick.

 

Menerusi ciapan tersebut, pengguna Twitter yang menggunakan nama @MrFactsMan1 mendakwa Janna bergaduh dengan Sheila disebabkan Sheila mahu ‘kenenkan’ anak sulungnya dengan Janna, tetapi Janna enggan.

 

Menurut ciapan itu lagi, cerita di sebalik pergaduhan tersebut disampaikan oleh pekerja JS Pictures sendiri.

Justeru, Sheila memuat naik tangkapan layar ciapan berkenaan dan menerangkan perkara sebenar.

 

“Siapa tweet ni? Kelakar rabak siot. PKP banyak masa nak memfitnah ek! Nak buka kes ke? Jomlah kalau berani.

 

“Nak kenen dengan anak SR (Sheila Rusly)? Lambat lagi,” tulisnya.

 

Nama Sheila dan Janna dipetik oleh netizen secara tiba-tiba selepas program Melodi yang dikendalikan oleh Janna Nick mempertemukan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana.

 

Melihat pada pertemuan tersebut, ramai yang ingin melihat Sheila dan Janna bersemuka menerusi program berkenaan.

Sumber : https://oijom.com/pkp-banyak-masa-nak-memfitnah-ek-sheila-rusly-selar-individu-reka-cerita-tentang-dirinya-dengan-janna-nick/.

 

Artikel Sebelum,

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *