Ain Edruce selamat bersalin cahaya mata sulung.Ain Edruce Minta Teka Jantina Baby

Setelah berjam-jam penantian dalam ‘labour room’ sehingga sempat bermain TikTok sewaktu menahan sakit, akhirnya pelakon jelita Ain Edruce memaklumkan dirinya telah selamat bersalin.

Ain Edruce berkongsi perkhabaran gembira tersebut menerusi beberapa video yang dimuat naik di Insta Story.

Selamat melahirkan cahaya mata sulung

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan swasta, malam tadi.

Menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, dia mengambil masa yang lama menunggu sebelum anaknya dilahirkan.

“Setelah berbelas-belas jam di dalam hospital, akhirnya soya bersalin,” katanya ringkas menerusi perkongsian dalam InstaStory miliknya.

Bagaimanapun Ain tidak memperincikan butiran kelahiran termasuk jantina bayi.

Sebaliknya, Ain menerusi satu lagi perkongsian InstaStory mengajak peminat membuat tekaan terlebih dulu sebelum memperkenalkan si kecil kepada umum dalam masa terdekat.

Terdahulu, beberapa jam sebelum memasuki dewan bersalin, video bintang drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu menunggu saat melahirkan tular di media social.

Ramai teruja mengikuti perkembangannya yang masih aktif bermain aplikasi TikTok samba) berkongsi momen manis bergelar ibu walaupun sedang melalui kontraksi.


Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas beberapa bulan mengikat pertunangan.

 

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/setelah-berbelasbelas-jam-selamat-bersalin-ain-edruce-minta-teka-jantina-bayi-50212

 

Atikel sebelum in:

Ain Edruce dah ‘ready’ nak lahirkan bayi sulung,minta doa dipermudahkan urusan

Nampaknya pengacara dan pelakon terkenal, Ain Edruce sedang menanti detik melahirkan anak sulungnya tidak berapa lama lagi.

Bayi masih belum keluar

Dalam perkongsian terbaru Ain di Instagram, dia memuat naik momen di dalam wad bersalin dan meminta orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Dia juga memberitahu yang dia belum lagi bersalin dan sempat berseloroh bahawa baby masih malu-malu untuk keluar.

Ain turut menyertakan beberapa gambar selfie dirinya yang terlihat ceria diatas katil sebuah hospital swasta.

Goodluck Ain

Sehubungan dengan itu, rata-rata rakan artis dan juga peminatnya terus-terusan mendoakan agar urusan Ain untuk bersalin dipermudahkan.

Mereka juga berharap agar dia dan suaminya, Amirul Hafiz terus kuat serta saling menyokong ketika detik-detik bermakna menanti kelahiran anak sulung mereka.

Semoga yang baik2 sahaja untuk korang

 

Malu2 nak keluar macam Mirul bukan Ain

Semoga dipermudahkan

Sumber;https://ohmymedia.cc/dah-ready-nak-lahirkan-bayi-sulung-ain-edruce-minta-doa-dipermudahkan-urusan/

 

Artikel Sebelum Ini

Hampir setahun berkahwin, Ain Edruce akui kini hamil anak pertama

Selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan juga pengacara cantik, Ain Edruce, 29 telah mengesahkan bahawa dirinya hamil anak sulung selepas ramai yang berteka-teki sebelum ini.

Ain yang bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz memaklumkan perkara tersebut di saluran YouTubenya sebentar tadi dengan mengakui hal sebenar.

Reaksi suami dan keluarga

Dalam perkongsian tersebut, dia telah menceritakan secara ringkas reaksi suami dan ahli keluarganya apabila mengetahui bahawa dirinya hamil.

Masing-masing terlihat sangat teruja dan bersyukur diatas kehamilan pengacara tersebut.

Hamil 2 bulan

Dalam YouTubenya juga, Ain memaklumkan bahawa ketika video ini dirakam, dia sudah hamil dua bulan dan telah pun membuat pemeriksaan di klinik untuk melihat perkembangan bayinya.

Tahniah Ain & suami

Justeru itu, menerusi muat naik di saluran YouTube, rata-rata warganet telah meninggalkan komen  dengan mengucapkan tahniah ke atas kehamilan Ain.

Mereka juga mendoakan agar pengacara Immortal Song Malaysia itu dan suami dapat menjaga kandungan sebaiknyadan segala urusan mereka terus dipermudahkan.

Jaga diri ya bakal mummy

Kami yang nangis happydengar Ain mengandung!

Sumber : https://ohmymedia.cc/jawab-teka-teki-peminat-ain-edruce-akui-hamil-anak-pertama/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*