“Jaga Adab..” – Caprice Akan Live Bersama Pelakon Isra3l, Minta Rakyat Malaysia Tidak Guna Ayat Kas4r

Terbaru, Caprice berkongsikan satu perkhabaran bahawa pada jam 10 malam ini, dia akan melakukan persidangan video secara langsung bersama seorang artis dan juga Tiktok influencer daripada Isra3l.

Baru-baru ini, penyanyi Rap, Caprice dilihat membuat satu video live atau persidangan video secara langsung di Instagram bersama seorang penduduk dari Isra3l. Sebenarnya Caprice juga tidak menyangka bahawa dia dapat “masuk” live bersama orang dari Isra3l pada pukul 2 pagi, Isnin yang lepas. Perdebatan mereka yang spontan tersebut menarik minat ramai. Walaupun waktu ketika itu sudah lewat, namun ramai juga yang turut ‘join’ live tersebut untuk mendengarkan bidasan kedua-dua pihak.

Terbaru, Caprice berkongsikan satu perkhabaran bahawa pada jam 10 malam ini, dia akan melakukan persidangan video secara langsung bersama seorang artis dan juga Tiktok influencer daripada Isra3l. Artis yang bernama Shiraz ini menurut Caprice pernah tular dan pernah juga masuk berita televisyen di sana.

Menurut Caprice dia gembira dan bersyukur kerana Shiraz sudi melakukan live ini bersama dengannya. Tambah Caprice, tujuan dia melakukan ini bukanlah hendak mengh3ntam sesiapa tetapi lebih kepada ingin menanam idea yang baru di kalangan penduduk Isra3l tentang isu pergelutan kemanusiaan di Pal3stlne.

 

Caprice betul-betul berharap agar rakyat Malaysia tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar sepanjang live itu berlangsung kerana kemungkinan besar Instagram akan menutup terus ruangan komen dan menghentikan live tersebut dengan serta-merta.

 

Apa yang ingin diketengahkan adalah inti pati dan idea bukannya mencetuskan pergaduhan dan kecaman semata-mata. Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya bersetuju untuk menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak elok sebaliknya cuba untuk mendengar dan memahami isi perbincangan tersebut.

Malaysia ketika ini sudah terkenal secara global dengan ‘cybertroop3rs’ atau kita panggil di sini dengan nama tentera bawang. Mungkin agak sukar untuk tent3ra bawang mendiamkan diri tetapi ini adalah peluang yang baik untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Shiraz. Apa pun kita doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan semoga kita dapat menimba  sesuatu daripada perdebatan ini.

 

 

Sumber : Caprice

Via: https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-jaga-adab-caprice-akan-live-bersama-pelakon-isra3l-minta-rakyat-malaysia-tidak-guna-ayat-kasar/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*