“Biasanya Orang Bersinar Ni, Pasti Ramai Dengki. Saya Tak Pernah Tengok Beliau Mengata Orang,” – Sajat Puji Neelofa

Pengasas kosmetik sensasi Nur Sajat menyatakan sokongan buat selebriti terkenal, Neelofa.

Menerusi satu status yang dimuat naik di Insta Stories hari ini, ahli perniagaan berkenaan memuji

bekas hos program MeleTOP itu dan menyifatkan Neelofa sebagai individu yang kuat.

Wanita sangat kuat walaupun banyak yang orang kecam beliau, biasanya orang bersinar ni, pasti ramai dengki.

Saya tak pernah tengok beliau mengata orang malah dia sangat buat hal diri sendiri sahaja,” tulisnya.

Sajat pada masa sama turut berpendapat, Neelofa sebagai seorang yang baik.

“Mengenali @neelofa seorang sangat baik. Rindu time ikut Cicie Makeup Artist mekapkan Neelofa 6 tahun lepas adalah kenangan saya bertemu ‘live’ bersama Neelofa.

 

“Sis! We are always support you. Hidup Neelofa!,” tulisnya lagi.

Sumber :https://www.mediahiburan.my/biasanya-orang-bersinar-ni-pasti-ramai-dengki-saya-tak-pernah-tengok-beliau-mengata-orang-sajat-puji-neelofa/.

Article sebelumnya,

“Pakai Purdah Tak perlu Pakai ‘face mask’ ke?, Purdah Neelofa nipis sampai nampak mulut” – Netizen

Ramai tahu bahawa awal pagi ini, Noor Neelofa hadir bersama suaminya ke Kompleks Mhkamah Seremban, Negeri Sembilan untuk prosiding dakwaan atas keslahan merentas negeri.

 

Sebaik tiba di perkarangan mahkamah, pasangan itu dilihat memakai pakaian sedondon dan dikerumuni oleh pihak media.

Hendak dijadikan cerita, ketika mereka sedang berjalan menuju ke ruang perbicaraan, pihak media Malaysia Gazette telah menangkap beberapa keping gambar pasangan terbabit.

 

Namun, apa yang mencvri perhatian ramai adalah walaupun Neelofa tampil dalam imej berpurdah, namun bentuk wajahnya seperti hidung dan mulut usahawan berusia 32 tahun itu jelas kelihatan.

 

Purdah Neelofa terlalu nipis?

Justeru itu, rata-rata netizen mempertikaikan mengapa selebriti terbabit tidak memakai pelitup muka di sebalik kain niqab tersebut.

Selain itu, ada juga yang menegur kain purdah wanita itu kelihatan semakin nipis jika dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.

 

Orang macam ni burukkan imej ‘purdah’ dan ‘niqab’

Tambah lagi kertas siasatan tak pakai ‘mask’

Untuk makluman, setelah perbicaraan selesai pemilik nama Noor Neelofa Mohd Nor dan Haris Ismail mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

 

Pihak mahkamah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Noor Neelofa diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes.

 

Sumber: Portal Kisah Dunia, Facebook Kisah Dunia, Malaysia Gazette (Norayuni Johari)

 

Via https://ohmymedia.cc/purdah-nipis-sampai-nampak-mulut-neelofa-tak-pakai-face-mask-ke-netizen/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*