Hiburan Semasa

Perguam Persoal ‘layanan istimewa’ Neelofa di mahkamah.Kereta Neelofa Parking Dalam Perkarangan Mahkamah Di Persoalankan Peguam2 Negeri Sembilan.

Nampak cerita berkenaan Neelofa tidak habis lagi dibahaskan. Kali ini, Peguam Negeri Sembilan  pula mempertlkaikan layanan istimewa yang diberikan kepada selebriti tersebut dan suaminya Muhammad Harris Mohd Ismail ketika hadir ke Mahkamah Seremban, minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz telah membuat advan berkenaan hal tersebut pada hari yang sama Neelofa hadir ke mahkamah itu.

“Kami kadang kena parkir luar”

Menerusi Harian Metro, beliau mempersoalkan mengapa Neelofa mendapat keistimewaan seperti membenarkan kenderaan pasangan itu memasuki kawasan kompleks mahkamah.

“Mereka (peguam) mempersoalkan mengenai layanan istimewa apabila kenderaan pasangan itu dibenarkan memasuki ke dalam kawasan kompleks mahkamah, sementara individu yang lain pula perlu meletakkan kereta di kawasan parkir di bahagian luar mahkamah.”
“Aduan berkenaan dimajukan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Madihah Harullah pada petang Jumaat lalu.”
“Kita berharap pihak mahkamah akan memberi maklum balas dalam masa terdekat mengenai perkara terbabit,” katanya di sini, hari ini.” katanya

Dalam prosiding tersebut, kenderaan BMW yang membawa pasangan selebriti itu telah memasuki kawasan kompleks mahkamah dan dibenarkan parkir di premis disediakan.

Walau bagaimanapun, menurut Azmi, tempat parkir itu hanya dikhususkan untuk kenderaan kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya serta orang awam yang mempunyai kelainan upaya (OKU).

Beliau turut menjelaskan bahawa sebelum ini ada peguam yang dimarahi pengawal keselamatan kerana membawa kenderaan ke perkarangan mahkamah dan mereka terpaksa patuh bagi menghormati integriti mahkamah.

Terdahulu, Neelofa dan suami telah dituduh atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila tdak scan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika mengunjungi di kedai karpet di Nilai 3, Nilai.

Pasangan ini telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM15,000 dan mengaku tdak berslah atas semua pertudvhan tersebut.

Sumber :https://ohmymedia.cc/peguam2-negeri-sembilan-persoal-layanan-istimewa-neelofa-di-mahkamah/

Artikel Sebelum ini

“Pakai Purdah Tak perlu Pakai ‘face mask’ ke?, Purdah Neelofa nipis sampai nampak mulut” – Netizen

Ramai tahu bahawa awal pagi ini, Noor Neelofa hadir bersama suaminya ke Kompleks Mhkamah Seremban, Negeri Sembilan untuk prosiding dakwaan atas keslahan merentas negeri.

Sebaik tiba di perkarangan mahkamah, pasangan itu dilihat memakai pakaian sedondon dan dikerumuni oleh pihak media.

Hendak dijadikan cerita, ketika mereka sedang berjalan menuju ke ruang perbicaraan, pihak media Malaysia Gazette telah menangkap beberapa keping gambar pasangan terbabit.

Namun, apa yang mencvri perhatian ramai adalah walaupun Neelofa tampil dalam imej berpurdah, namun bentuk wajahnya seperti hidung dan mulut usahawan berusia 32 tahun itu jelas kelihatan.

Purdah Neelofa terlalu nipis?

Justeru itu, rata-rata netizen mempertikaikan mengapa selebriti terbabit tidak memakai pelitup muka di sebalik kain niqab tersebut.

Selain itu, ada juga yang menegur kain purdah wanita itu kelihatan semakin nipis jika dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.

Orang macam ni burukkan imej ‘purdah’ dan ‘niqab’

Tambah lagi kertas siasatan tak pakai ‘mask’

Moga diberi hidayah

Pakai niqab atau purdah kena pakai mask

Niqab pun nipis sangat

Mentang2lah artis

Untuk makluman, setelah perbicaraan selesai pemilik nama Noor Neelofa Mohd Nor dan Haris Ismail mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Pihak mahkamah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Noor Neelofa diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes.

Sumber: Portal Kisah Dunia, Facebook Kisah DuniaMalaysia Gazette (Norayuni Johari)

Via https://ohmymedia.cc/purdah-nipis-sampai-nampak-mulut-neelofa-tak-pakai-face-mask-ke-netizen/