Jabatan Ukur sahkan Nilai 3 bukan di Selangor Tapi…

Selepas kontroversi selebriti popular, Neelofa dan suaminya Haris Ismail yang tidak didakwa atas kesalahan merentas negeri ke Nilai 3, warganet mula menyindir dan berbincang mengenai kedudukan lokasi tersebut.

Terbaru, menerusi laporan Utusan Online, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mengesahkan Nilai 3 terletak di Negeri Sembilan dan bukannya di negeri Selangor.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook rasmi, agensi tersebut membalas pertanyaan seorang individu mengenai negeri mana yang ‘memiliki’ Nilai 3.

Nilai negeri mana punya?

“Salam tuan/puan, Nilai berada dalam Negeri Sembilan dan bukannya di negeri Selangor,” balas agensi berkenaan.

Harap maklum!

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai Supritendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kertas siasatan berhubung dakwaan merentas negeri telah dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara.

Terdahulu, pasangan tersebut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas dakwaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di sebuah kedai karpet di Nilai, awal bulan ini.

Mengikut pertuduhan, Haris gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam manakala Neelofa berdepan satu pertuduhan iaitu tidak membuat imbasan MySejahtera.

Sumber ; Ohmymedia

Artikel Sebelum ini

Menteri Besar Selangor Dan Negeri sembilan Sedang Tawar Menawar Harga Nilai 3 Gara-gara…

Aminuddin (kiri) berbincang dengan Amirudin mengenai jual beli Nilai 3 selepas kecoh isu Neelofa tidak didakwa rentas negeri.

EJEKAN netizen kononnya Nilai 3 merupakan sebahagian dari daerah Selangor sehingga menyebabkan selebriti Neelofa dan suaminya PU Riz ‘bebas’ daripada da.kwaan merentas negeri turut menarik perhatian Menteri Besar (MB) Selangor dan Negeri Sembilan.

Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada ciapannya terlebih dahulu menceritakan sejarah Nilai 3 sebelum menjadi sebahagian kawasan Negeri Sembilan menerusi satu perjanjian pada 1880.

“Melihat ejekan-ejekan yg melintas di garis masa tentang Nilai 3 dalam wilayah Selangor, telah memutar ingatan saya tentang Lukut yang pernah dalam jaj.ahan pentadbiran Selangor sebelum diserah ke pemerintahan Sungai Ujong Negeri Sembilan dalam satu perjanjian pada tahun 1880, ” tulisnya.

Ketua P0lis Daerah Nilai, Superint.endan Mohd. Fazley Ab. Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mempertikalkan keputusan tersebut malah segelintir mereka juga membuat jenaka bahawa Nilai 3 kini sudah berada di kawasan Selangor.

Dalam pada itu, status yang dimuat naik Amirudin Shari tersebut mendapat perhatian MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang berseloroh dengan mengatakan ingin menjual Nilai 3.

Perbualan MB dua negeri mendapat perhatian.
Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap Neelofa dan suaminya, selepas video pasangan itu sedang membeli karpet di Nilai 3 tular.

“Berapa harga hendak beli Nilai 3 ya?” tulisnya secara berseloroh.

Perbualan tersebut berterusan apabila Amirudin Shari kemudiannya membalas dengan mengatakan perbincangan itu perlu disertai oleh jurunilai.

“Haha kena bincangan dengan jurunilai,” jelasnya.
Masih tidak berakhir di situ, Aminuddin memberitahu dia memerlukan masa untuk mengukur kawasan Nilai 3 terlebih dahulu.

“Kejap saya ukur Nilai 3 dulu,” katanya dengan memuat baik emoji ketawa.

Selepas perbualan antara dua MB itu menarik perhatian netizen di laman sosial, Aminuddin menjelaskan perbincangan mereka itu sekadar gurauan sahaja.

OCPD Nilai meminta orang ramai tdak mensensasikan ke.s berkaitan Neelofa dan suami.
Menerusi laporan mStar pada Sabtu, susulan kebimbangan ramai berhubung kes rentas negeri membabitkan Neelofa dan Haris Ismail, kertas siasatan mengenainya dihantar kepada Pejabat Peguann Negara untuk diteliti semula.

Untuk rekod, Neelofa dan suami dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gaga) mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu didakwa tdak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika hadir di kedai karpet di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32 dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz mengaku tidak bersal.ah dan diikat jamin sebanyak RM15,000 dan sebutan semula k.es tersebut ditetapkan pada 4 Jun depan.

Sumber: https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2021/05/23/neelofa-punya-fasal-menteri-besar-dua-negeri-tawar-menawar-jual-beli-nilai-3#close

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*