Cuba Sokong Kenyataan Mira Filzah, Netizen ‘Sound’ Azfar Heri Sebab Pernah Langgar SOP

Boleh dilihat hampir setiap hari wargamaya seperti melancarkan ‘perang saraf’ terhadap golongan artis ataupun influencer. Pasti apa yang mereka lakukan akan diperhatikan, dan setiap kesalahan akan diperkatakan. Terbaharu, influencer media sosial, Azfar Heri pula menjadi mangsa terbaharu apabila seorang wargamaya mengherdiknya di Twitter dan herdikan itu disambut oleh ramai orang.

Kisahnya bermula dengan satu ciapan oleh Mira Filzah yang menegur orang ramai untuk berhenti buat content tanpa usul periksa dahulu sehingga menyebarkan berita palsu.

Ramai yang menyokong ciapan tersebut sehingga mendapat lebih 18 ribu ulang ciapan. Selain wargamaya marhaen, golongan influencer juga tidak ketinggalan menyatakan sokongan. Azfar Heri antara salah seorang yang membalas ciapan tersebut dengan komen seperti menyatakan sokongan.

Walaupun Azfar menyokong benda yang baik, namun ada wargamaya yang tidak senang duduk dan terus membalas komen Azfar itu dengan mengherdiknya. Kata pengguna Twitter tersebut, Azfar juga antara mereka yang pernah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

 

Herdikan tersebut disokong oleh ramai orang juga sehingga mendapat lebih 2 ribu ulang ciapan. Bagaimanapun, komen yang dikeluarkan Azfar itu didapati telah dipadamkan, namun sempat ditangkap layar oleh wargamaya lain. Apa-apa pun, berbalik kepada kenyataan Mira Filzah, sepatutnya sebelum kita kongsikan apa-apa perlulah fikir dan semak dahulu sumbernya. Tak naklah sampai jadi berita palsu.

Sumber daripada: Twitter

Via: https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-cuba-sokong-kenyataan-mira-filzah-netizen-sound-azfar-heri-sebab-pernah-langgar-sop/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*