Gadis Berumur 17 Tahun Ini Kongsi Kisah Disebalik Boleh Beli Kereta Honda ‘Cash’.

Setiap orang pasti mempunyai impian masing-masing yang hendak dicapai dalam hidup mereka

Antara kebiasaan yang sering kita dengar adalah ingin memiliki kereta idaman bukan? Tidak kiralah kereta tempatan ataupun buatan luar negara.

Memiliki sebuah kereta sekarang sudah menjadi seperti keperluan dalam kehidupan kita kerana ia memudahkan untuk bergerak.

 

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berumur 17 tahun berjaya membeli kereta idamannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Rajin berniaga walaupun usia masih muda

Menerusi video tersebut, gadis berkenaan memaparkan bagaimana dia boleh membeli kereta idamannya secara cash walaupun baru saja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan dia mula berniaga dan memperolehi pendapatan yang rendah tetapi kini jualannya sudah boleh mencecah sehingga 200K. Banyak tu!

Walaupun video ini sudah lama, namun ia kembali menjadi perbualan hangat kerana mendapat perhatian ramai dan gadis ini juga telah menginspirasikan ramai anak muda di luar sana.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

“Tahniah dik! Bangganya bila ada orang Melayu berjaya” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan padangan mereka masing-masing mengenai hal tersebut.

Malah, ada yang turut berbangga dengan kejayaan gadis itu. Namun, ada juga yang mempersoalkannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 93.6K likes dan 1,802 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Rezeki tak pernah salah alamat, mungkin nanti turn korang pula untuk merasa.

Sumber : https://says.com/my/seismik/gadis-berumur-17-tahun-ini-kongsi-kisah-boleh-beli-kereta-honda-cash-wow

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*