“Tolong jangan bagi aku jumpa dia” Sharnaaz Ahmad ‘s0und’ Iman Troye?

Nama penyanyi baru Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin kembali menjadi sebutan selepas ciapannya di Twitter berkenaan dengan jumlah kes positif pandemik mendapat maklum balas negatif netizen.

Hal ini kerana selebriti yang popular dengan lagu Teman itu meluahkan rasa ‘gembira’ apabila kes harian mencecah angka 7,000 kelmarin.

Nama trending teruk kena kecam

Disebabkan keterlanjurannya menulis ciapan tersebut di laman sosial, dia telah teruk dihentam netizen kerana dianggap tidak sensitif lebih-lebih lagi mereka yang telah kehilangan orang tersayang disebabkan wabak maut ini.

Nama Iman Troye juga trending di Twitter dan dia juga telah memadam ciapan tersebut serta menyahaktifkan akaun peribadinya.

“Tolong jangan bagi aku jumpa dia”

Susulan daripada itu, seorang pelakon popular, Sharnaaz Ahmad telah memuat naik kembali status yang dibuat oleh Iman Troye itu dengan memberi ‘nasihat’ kepada artis baru berkenaan.

Dia yang menyuarakan rasa bengang dengan tweet Iman memaklumkan di IG story bahawa tindakan kurang bijak seperti itu, habis semua artis termasuklah selebriti senior teruk dihentam netizen di media sosial.

Jadi, Sharnaaz berharap agar tidak bertemu dengan penyanyi berkenaan buat masa ini kerana kerana berasa geram melihat tindakan kurang bijak seperti itu.

Pada 23 Mei 2021, kes harian positif Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu dengan 6,976 kes. Hal ini pastinya membuatkan banyak pihak berasa gerun dengan gelombang peningkatan yang hampir mencecah 7,000 kes.

Jadi, Iman Troye antara individu yang meluahkan rasa bimbang di media sosialnya namun dia tersilap langkah kerana ciapan sekaan sarkastik dibuatnya menyentuh sensitiviti ramai pihak.

Setakat ini, penyanyi tersebut belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjernihkan keadaan.

 

Sumber : https://ohmymedia.cc/mana-mai-retis2-jagung-pucuk-ubi-ni-sharnaaz-ahmad-sound-iman-troye/

Artikel Yang Berkait


CIAPAN Iman menerusi Twitternya yang mengundang reaksi kurang senang netizen kerana did.akwa tdak sen.sitif dengan situasi genting yang dihadapi negara sekarang.

Raikan kes Covid-19, Iman Troye dihe.ntam netizen

Penyanyi Iman Troye sekali lagi menerima k3caman hebat netizen gara-gara satu ciapan yang dimuat naik hingga mencetvskan pelbagai reaksi.

Menerusi ciapan dalam Twitter miliknya, Iman atau nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, seakan-akan meraikan jumlah peningkatan kes Cvid19 yang merekodkan angka 6,976 semalam.

“Happy 6.9K everyone. Congratulations. (Selamat 6.9 ribu semua. Tahniah.) Harap esok dapat 7,000,” ciapnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pelantun lagu Teman itu sebagai mengenetepikan sens.itiviti umum memandangkan ramai dalam kalangan pesakit p0sitif vlrus berkenaan telah menlnggal dunia.

Pada masa sama, Iman yang turut menyertakan tanda pagar (hashtag) #kerajaangagal dalam ciapannya itu turut dikrltik kerana dia juga pernah melanggr prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini.

“SOP pun tak ikut ada hati nak guna hashtag kerajaan. Susahlah jadi artis syok sendiri dan tak sen.sitif ni,” komen netizen.

Memanaskan suasana, netizen turut menasihati Iman agar bersikap lebih cakna dan peka dengan penderitaan golongan yang kehilangan orang tersayang akibat Cvid19.

Tidak tahan terus menerus dikrltik dan dih3ntam netizen, Iman bertindak memadam ciapan berkenaan beberapa jam selepas dimuat naik. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*