Ditegur tudung makin pendek sejak kurus, Zulin Aziz tak melatah – “Doakan baik2 OK”

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz pernah mengejutkan peminat dengan perubahan penampilannya setelah berjaya menurunkan berat badan dengan ketara suatu ketika dahulu.

Sejak itu, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz menjadi bualan para netizen lebih-lebih lagi apabila ada yang memberi komen mengatakan dirinya sering memakai tudung pendek dan tidak menutupi bahagian dada.

Netizen tegur tudung makin pendek

Namun begitu, wanita berusia 32 tahun itu sedikit pun tidak melatah malah dia memberi respon yang baik terhadap tuduhan tersebut.

Gemuk atau kurus, Zulin masih orang yang sama

“Orangnya masih sama. Saya gemuk ke kurus ke, saya pakai tudung semua jenis. Labuh ada, pendek ada. Saya ni memang begini tapi tak semestinya terus begini,” jelas Zulin.

Menurut Zulin, walaupun dirinya telah mengurangkan berat badan namun dia masih lagi Zulin yang sama dan cuba memperbaiki penampilannya dari masa ke semasa.

Di samping memohon doa orang ramai, Zulin turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang menegur pemakaiannya.

Terima kasih doakan & tegur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar bintang drama Penjara Janji itu bertudung dengan sempurna suatu hari nanti.

Sementara itu, ada juga yang berasa kasihan terhadap Zulin kerana ada sahaja golongan yang suka mencari kesalahan wanita itu.

Kami doakan Zulin bertudung dengan sempurna

Kesian, pasal tudung pun jadi hal

Doa yang baik2, kita manusia biasa

Moga sentiasa dalam lindungan Allah

Nak jadi isteri solehah kena mula dari sekarang

Hijrah ke arah lebih baik kak

Terdahulu, netizen menuduh Zulin menjual cerita sedih di laman sosial untuk kurus dan seterusnya tampil dengan produk keluarannya sendiri.

Mereka mempertikaikan produk ini kerana terdahulu Zulin ada berkongsi bahawa dia mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menurunkan berat badan.

Sumber: https://ohmymedia.cc/ditegur-tudung-makin-pendek-sejak-kurus-zulin-aziz-tak-melatah-doakan-baik2-ok/

Artikel Sebelum ini

ZULIN Kongsi Tips Makan Minum Ni Boleh Percaya Sebab Dia Pun Dah Berjaya Kurus.

1. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula. Kalau dah terambil, jangan lupa bilas dengan air masak. Minum air putih satu ke tiga liter sehari.

2. Kawal pengambilan kalori. Kita tahu apabila Raya, banyak jenis juadah terhidang. Boleh makan tapi ambillah dalam kuantiti yang sedikit-sedikit, cukup melepaskan kempunan. Kalau dah ambil satu jenis menu itu banyak, jangan harap untuk merasa juadah lain pula. Kalau sekadar nak menjamah, cukup sekadarnya sahaja.


3. Kemudian, banyaklah jemputan rumah yang kena dipenuhi. Ingat, kena ada ‘gap’ antara satu rumah ke satu rumah itu. Contoh; kalau ketika di rumah Zakaria sudah makan banyak, kemudian nak pergi rumah Yunus pula. Tungguhlah tiga ke empat jam agar kamu tak berlebih-Iebih makannya.

4. Lepas dah menjamu selera, perut kenyang, mata mula megantuk, mesti nak tidur, kan. No! Jangan terus tidur selepas kekenyangan. Kalau malas sangat pun, bergerak saja sekitar rumah untuk bakar kalori yang diambil tadi.

5. Jangan makan bersulam air. Pastikan diselang sekurang-kurangnya 30 minit lepas makan baru minum untuk elak perut buncit.

Pelakon, Zulin Aziz sering dijadikan ‘role model’ oleh orang yang ingin mengamalkan diet sihat seterusnya mendapatkan berat badan ideal mereka.


Apa taknya, kalau dahulu dia sering menerima ejekan kerana tubuh badannya itu, kini dia dapat menutup mulut-mulut biadap yang mengatanya dulu.

Semalam, dia memuat naik entri di Instagramnya mengenai diet ‘telur’ yang diamalkannya kini untuk menurunkan berat badan sebanyak 10KG dalam masa dua minggu.