Uncategorized

Ini Balas Pihak Hospital Berkenaan Eina Azman Dikatakan ‘potong barisan’ terima vaksi

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan spekulasi selebriti terkenal, Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser didakwa memotong barisan bagi mendapatkan vaksin Cvidl9 di Ipoh.

Pelakon tersebut juga turut memadam gambar yang telah dinaik ke Instagram susulan banyak pihak yang mulai mempersoalkan hal tersebut kerana pasangan ini mendapatkan vaksin bukan di stadium Ipoh tetapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Tiada istilah ‘potong barisan’

Namun begitu, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr Abdul Malek Osman telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menaflkan dakwaan ‘potong bariasn’ tersebut dan memaklumkan bahawa Eina Azman serta suami mendapat vaksin kerana layak berdasarkan rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan serta komorbid yang dihadapi oleh mereka.

Kenyataan rasmi berkenaan telah dimuat naik di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut menolak tuduhan berkenaan ‘potong barisan’ seperti yang dinyatakan oleh netizen di media sosial.

Menurut Dr Abul Malek Osman, vaksin jenis Pfizer telah diberi kepada mereka susulan daripada nasihat yang dikeluarkan doktor pakar kerana semakan mendapati pasangan ini merupakan kategori golongan yang berisiko tinggi dan suntikan diberikan di hospital.

Oleh itu, istilah ‘potong barisan’ sama sekali tidak berlaku dan pihak HRPB menafikan dakwaan tersebut.

 

Sumber:https://ohmymedia.cc/hospital-nafi-eina-azman-potong-barisan-divaksin-awal-kerana-golongan-berisiko/

 

Artikel Sebelum ini

Netizen dakwa Eina Azman potong giliran, suntik vaksin di Ipoh?

Sejak semalam, kecoh di laman Twitter apabila warganet mendakwa pelakon Datin Paduka Eina Azman memotong barisan bagi mendapatkan suntikan vaksin Cvid19 yang disifatkan ‘terpaling kayangan’.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman dipercayai berkongsi sebuah posting di laman Instagram selepas menerima suntikan vaksin, namun telah dipadam tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun, ada netizen yang lebih pantas ‘bekerja’ dan sempat melakukan tangkap layar posting tersebut sehingga mengundang pelbagai reaksi di Twitter.

Seorang pengguna Twitter, @wanieannas menda.kwa pelakon berusia 26 tahun itu mengambil vaksin di sebuah hospital di Ipoh berbanding orang ramai yang perlu disuntik di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di stadium negeri masing-masing.

Berikutan itu, muncul persoalan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri untuk divaksin di hospital tersebut seperti didakwa netizen.

Dah la pergi Hospital Raja Permaisuri Bainun?

Lebih mengundang kemarahan ramai apabila terdapat segelintir individu mendakwa ibu kepada dua cahaya mata itu mendapat vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang sebelum ini hanya disuntik untuk ahli politik dan petugas barisan hadapan.

Biar betul ambil Pfizer?

Kalau tak salah, kenapa dia padam?

Laju betul Eina padam komen… guna kabel ke?

Mohon menteri jelaskan…

Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang penjelasan daripada pihak Eina berhubung dakwaan tersebut.

Eina mendirikan rumah tangga dengan  usahawan, Datuk Paduka Kaiser Abdullah pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan sepasang kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Sumber:https://ohmymedia.cc/netizen-dakwa-eina-azman-potong-giliran-suntik-vaksin-di-ipoh/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *