Uncategorized

Kelompok Gelandangan Terima Vaksin, Cetvs Persoalan Sebahagian Netizen

Program vaksinasi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan telah berjaya menvaksinkan kira-kira 1,751,328 orang penduduk Malaysia sehingga hari ini.

Penerima vaksin terdiri daripada pelbagai jenis kelompok termasuklah daripada golongan gelandangan.

Terbaharu, program vaksinasi gelandangan Fasa 1 telah diadakan dengan penglibatan seramai 119 gelandangan yang sedang menghuni pusat penempatan transit gelandangan di Kuala Lumpur.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, program vaksinasi untuk gelandangan tersebut dibuat menggunakan Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah dan penglibatan daripada beberapa klinik swasta sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada.

Walaupun is satu inisiatif yang baik, namun ramai pengguna media sosial mempersoalkan bagaimana golongan gelandangan boleh `mendahului’ menerima vaksin berbanding orang lain yang sudah lama mendaftar melalui aplikasi MySehtera atau laman web rasmi JKJAV.

“This is for which phase? Some tak nampak above 60 pun “

jumped queue over OKU?

Macam mana ni? Gelandangan pun dah dapat, ibu saya yang 80 tahun pulak kena tunggu sampai hujung Julai?

Wah pakai baju brand mahal Fred Perry pun “Gelandangan” yg bernilai RM360 ???

Bukan nk jeles dgn gelandangan tp nape perlu rakyat berebut2 mcm z0mbi nk dpt vasksin

Disebalik persoalan-soalan yang ditimbulkan, masih ramai lagi yang memuji inisiatif yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam mempercepatkan dan memperluaskan program vaksinasi kepada orang ramai.

Bahkan pengguna media sosial juga mencadangkan agar penggunaan Trak Vaksin Bergerak ini dapat diluaskan ke tempat-tempat yang sukar diakses bagi memudahkan penduduk di lokaliti tersebut menerima vaksin.

Setuju! Tapi masih ramai lagi warga miskin kota / tanpa rumah / warga emas tinggal sendirian di tgh kotaraya yg perlu diberi perhatian

Terbaik KKM. Tahniah @DrAdhamBaba dan @Khairyk Anda lah perwira kami rakyat Malaysia.. Terima kasih atas bantuan kesihatan dan vaksin

Gelandangan tiada tempat nak dituju. Jika dibiarkan berkeliaran tanpa perlindungan, risik0 penyebaran wabak adalah tinggi.

Menurut Tan Sri Anuar Musa lagi, Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah akan mula berada di beberapa tempat tumpuan sekitar kawasan perumahan awam, projek perumahan rakyat (PPR), kampung tradisional, seawal Jun ini.

Tambah beliau, program vaksinasi CVID19 di klinik swasta juga akan dimulakan dengan 29 daripada 60 permohonan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Sumber: https://www.thevocket.com/kelompok-gelandangan-terima-vaksin-cetus-persoalan-sebahagian-netizen/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *