Gadis Ini Berkongsi Kisah Kahwin Dengan Warga Plestin,Tapi Anak yang Jadi Tarikan netizen

BARU-BARU video yang dimuat naik oleh seorang wanita di aplikasi TikTok turut meraih tumpuan ramai.

Alia mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Pale.stln, dua tahun lalu.

la gara-gara wanita tersebut berkongsi kisahnya yang berkahwin dengan seorang lelaki warga Pale.stln.

“Ladies and gentleman. Meet my Palestinian husband (Tuan-tuan dan puan-puan. Perkenalkan suami saya warga Pale.stln),” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Sehingga kini, perkongsian video berkenaan meraih lebih 980,000 jumlah tontonan.

Selain itu, netizen juga teruja dengan perkongsian video-video yang memaparkan kecomelan anak pasangan tersebut.

Video yang dimuat naik oleh Alia di TikTok meraih lebih 980,000 tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Alia Isdawati ini berkata dia berkahwin dengan seorang jejaka Palestin, Saifeddin Ziada, 24, selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya kenal dengan suami daripada bapa tiri. Sebelumnya saya memang tak kenal langsung suami saya ni. Bapa tiri minta saya berkenalan dengan anaknya dari isteri yang pertama di Pale.stln.

“Kiranya saya dan suami ni adik beradik tiri berlainan mak dan ayah. Semuanya diaturkan oleh bapa tiri saya. Sehinggalah suami saya datang ke Malaysia, kami berkenalan dan bersetuju untuk berkahwin,” ceritanya yang mendirikan rumah tangga pada 2019.

Pasangan ini berkenalan dan berkahwin pada usia yang muda.

Menurutnya yang senang disapa Alia, pada peringkat awal dia berbelah bahagi untuk berkahwin memandangkan usianya yang masih muda dan mahu memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dahulu.

Namun selepas berfikir dan membuat pertimbangan dari pelbagai sudut, dia akhirnya bersetuju untuk menamatkan zaman gadisnya.

Sama seperti pasangan lain yang mengahwini bangsa asing, Alia dan suaminya turut berdepan dengan pelbagai cabaran khususnya dari segi masakan dan budaya.

“Ada makanan masakan Melayu yang suami saya boleh terima dan ada yang tidak. la agak svkar kerana saya juga tdak pandai masak makanan Arab.

“Saya mula belajar sedikit demi sedikit dan sekarang ada sesetengah menu Arab yang saya pandai masak. Selain to bahasa mereka juga susah untuk saya fahami pada awal perkahwinan. Lama kelamaan saya dapat belajar bahasa Arab daripada suami sebab sudah terbiasa,” ujarnya sambil mendedahkan suaminya gemar menu asam pedas dan tomyam.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Fatima Filastin, bersempena nama Palestin dan kini berusia 10 bulan.

Fatima Filastin, buah hati pasangan ini yang kini berusia 10 bulan.

Alia yang kini menjalankan bisnes dalam talian berkata, suaminya turut terkesan dengan apa yang berlaku di tanah kelahirannya baru-baru ini.

“Kali terakhir suami di Pale.stln tahun 2019. Dia masih dapat menghubungi ibu dan keluarganya di sana. Dia sentiasa membuat panggilan video bersanna ibu dan adik beradiknya untuk hilangkan rasa sedih, rindu dan risav.

“Alhanndulillah selama berlaku k0nflik di sana, ibu dan keluarganya terselamat. Cuma berlaku sedikit ker0sakan di rumah kakaknya akibat b0.m. Setiap masa keluarganya akan mennberitahu apa yang terjadi dari semasa ke semasa,” ceritanya.

Menurut Alia, mereka menetap di Kuala Lumpur dan suaminya berniaga sendiri untuk menyara keluarga.

 

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*