Dedah pinggang size 25, cantiknya Amyra Rosli jadi bualan ramai

Nama pelakon, Amyra Rosli sejak kebelakangan ini menjadi bualan hangat di ruangan media sosial apabila drama terbaru yang masih disiarkan berjudul Sabarlah Duhai Hati mendapat respon yang cukup baik daripada peminat drama tempatan.

 

Membawa watak sebagai Fira bersama lakonan bergandingan dengan Saharul Ridzwan sebagai Affan mengundang ramai begitu melayan kisah konflik kekeluargaan dialami mereka. Tambah pula watak diperanankan oleh Puteri Sarah Liyana sebagai Dian juga dipuji.

Biarpun begitu, tentu saja diruangan Instagram milik Amyra Rosli semakin menjadi perhatian umum dengan dikongsikan mengenai drama tersebut namun ada satu posting pendedahan isteri kepada pelakon, Amar Baharin ini mengundang ramai meninggalkan ratusan komen pujian terhadapnya.

Ini kerana peminat dan pengikut bukan sahaja tidak dapat move on dengan wataknya sebagai Fira malah kapsyen Amyra Rosli mengatakan dia memiliki size pinggang 25 membuatkan kecantikannya dipuji.

Berkongsikan rahsia pinggang ramping Amyra Rosli itu di posting tersebut membuatkan dia dihujani dengan ribuan tanda suka berikutan foto yang dimuat naik juga membuatkan ramai terpegun.

 

“Omai aii slimnya Fira pinggang 25 je… memang tak makan banyak ke apa u ni?”

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/2021/05/31/dedah-pinggang-size-25-cantiknya-amyra-rosli-jadi-bualan-ramai/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*