Rosix Omar mendedahkan memang ada sebilangan kakitangan mempunyai akses…..

Personaliti media sosial Rosix Omar mendedahkan memang ada sebilangan kakitangan Datin Noor Kartini yang mempunyai akses kepada Instagram peribadi usahawan itu.

Jelas Rosix yang juga rakan baik keluarga Noor Kartini, dia sendiri melantik individu lain yang bertanggungjawab untuk menjaga akaun Instagramnya seandainya terlupa kata laluan.

“Benda (kemaskini) tu bukan dia buat, staff dia buat. Benda tu bukan Mama Rimau (Noor Kartini) buat.

“Macam ni, mereka memang ada akses untuk Instagram bos-bos mereka. Memang benda tu basic.

“Ya, anda kena percaya benda tu bukan daripada Mama Rimau. Penulisan itu pun bukan daripada dia.

“Memang mereka (kakitangan) ada akses personal Instagram. Rosix sendiri pun ada orang jaga sebab takut lupa password,” katanya menerusi sesi siaran langsung malam tadi.

Terdahulu, kecoh di laman media sosial apabila satu hantaran berbentuk tangkapan layar mengenai sistem Raja Berpelembangaan di Malaysia tular dan ia dimuat naik menggunakan akaun peribadi milik Kartini.

Menurut Kartini, pengurus media sosial yang memiliki akses ke akaun Instagramnya memuat naik tangkapan layar tersebut tanpa sengaja.

Dalam masa yang sama, Kartini juga telah membuat laporan p0lis di Balai P0lis Taman Tun Dr. Ismail.

 

Sumber: https://gempak.com/berita-terkini/mereka-memang-ada-akses-instagram-peribadi-bos-rosix-omar-50552

 

Artikel Yang Berkaitan

 

‘Sy Tak Ada Niat Nak Susahkan Datin’ – Pekerja Mak Neelofa Mohon Maaf Kes IG Story

Ibu Neelofa, Noor Kartini telah hadir ke Balai P0lis Taman Tun Dr Ismail pada petang Ahad selepas tersebar tang.kap layar hantaran yang dipercayai dibuat oleh salah seorang pekerjanya menggunakan akaun peribadi Instagram Noor Kartini.

Mohon maaf salah post

Tambah Noor Kartini, dia sama sekali tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak (admin) untuk mengeluarkan sebarang hantaran atau kenyataan berbaur politik, menghina atau memprovokasi Institusi Raja-Raja Melayu.

Terbaru, Noor Kartini berkongsi perbualan whatsapp dipercayai bersama pekerja yang telah melakukan kesalahan itu. Walaupun pekerjanya itu berulang kali memohon maaf, hantaran itu sama sekali telah mencemarkan nama baik Noor Kartini memandangkan ianya dimuatnaik di Instagram miliknya.

Ya Datin, saya minta maaf. Saya langsung tak ada niat nak susahkan Datin dan keluarga Datin. Saya akan clearkan (selesaikan) perkara ini dan saya akan terima apa sahaja keputusan Datin.

 

Sementara itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menerusi akaun Instagram beliau pada Ahad memuatnaik satu hantaran berkenaan adab. Hantaran tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan tangkap layar Instagram Story Noor Kartini.

Beberapa siri hantaran mengenai isu ini juga telah dimuatnaik di Instagram Story beliau namun dipercayai telah dipadam beberapa minit kemudian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*