Come!! Ain Edruce, Suami Dedah Wajah & Nama Puteri Sulung

Nama yang diberi sangat sesuai dengan wajah comel yang dimiliki bayi perempuan Ain dan Amirul

Pelakon dan pengacara Ain Edruce sudah melahirkan bayi pertamanya pada 19 Mei 2021.

Oleh itu, beliau buat kali pertamanya telah memuat naik kandungan terbaharu di akaun YouTube milik beliau yang turut menampilkan anak perempuannya.

Melalui video yang dikongsikan, Ain juga ada menjawab beberapa soalan yang ditujukan kepadanya.

Antara yang menarik adalah apabila Ain menceritakan keadaan suaminya, Amirul yang hampir pengsan ketika doktor menyuruhnya memotong tali pusat anak mereka.

Disebabkan itu, Amirul telah gaga! untuk berbuat demikian kerana tidak berani. Suami Ain juga menceritakan tentang dirinya yang dimarahi Ain ketika dalam dewan bersalin.

Fuh, Ain ni masa bersalin pun garang ya. Apapun yang paling dinanti-nantikan, pasangan itu memperkenalkan nama anak mereka, Soraya binti Muhammad Amirul Hafiz. Lebih menarik, wajah puteri itu juga didedahkan untuk tatapan ramai.

Comelnya Soraya! Semoga Soraya membesar dengan sihat dan membahagiakan kedua-dua ibu bapanya.

 

Sumber: https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-comel-ain-edruce-suami-dedah-wajah-nama-puteri-sulung/

 

Artikel Sebelum ini yang berkaitan

Gara-gara memakai seluar walaupun baru seminggu bersalin, Ain Edruce Mula Bersuara

 

Sebelum ini, selebriti wanita yang baru melahirkan anak pertama, Ain Edruce telah dikecam ‘makcik bawang’ di media sosial selepas memuat naik gambar memakai seluar walaupun baru seminggu bersalin.
Dia juga ditudvh tdak berpantang dengan betul walaupun tujuan asal keluar sebentar dari rumah adalah untuk membawa bayinya membuat pemeriksaan di hospital.

 

Kena terangkan pulak

Malas untuk melayan ‘nasihat-nasihat’ dari netizen, Ain telah menyertakan sekali kapsyen memaklumkan dia keluar sebentar untuk ke hospital pada hari ke-10 berpantang  pada posting terbarunya di Instagram.

Pantang day 10.  Jangan bising pulak aku pakai macam ni. Bawak baby pegi check hospital je.. pastu aku balik,” tulisnya ringkas.

Hahaha brvtal mana tahu pantang

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen di ruangan Instagram pengacara berkenaan dengan memintanya supaya tidak ambil peduli perihal mulut-mulut orang lain.

Mereka juga sempat berseloroh dengan Ain mengenai ayat ‘amaran’ yang dinyatakan selebriti berkenaan diruangan kapsyen selepas menerima kecaman sebelum ini kerana memakai seluar ketika masih berpantang.

Orang sekarang dah lain

Dah satu hal kena terangkan

Gojes sangat mummy ni

Pemikiran masing2, janji kita jaga diri kita

Janji selesa sis!

 

Untuk makluman, Ain atau nama sebenarnya Nurulain binti Edruce telah berkahwin dengan Amirul Hafiz Mustaffa paada 13 Disember 2019.

Pada 20 Mei 2021 dia dan suami telah menimang cahaya mata pertama selepas berbelas-belas jam di wad bersalin. Tepat jam 1.30 pagi, dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang belum didedahkan lagi wajah dan namanya.

Sumber:ohmymedia

Artikel Sebelum ini

 

“Tak Jaga Pantang Ke?” Ain Edruce Dikatakan langgr Pantang’ Selepas Memuat Naik Foto OOTD

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah Ain yang ketika ini masih berpantang dilihat sudah keluar seperti biasa sehingga ruangan komen dibanjiri dengan persoalan dan pertanyaan netizen

Selamat melahirkan bayi sulung pertamanya selepas bertarvng nya.wa selama berbelas jam di dalam bilik bersalin pada 19 Mei lalu, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Ain Edruce kini dilihat kembali aktif seperti sedia kala.

Mengikuti perkembangan terbaharu, Ain yang kini sedang dalam pantang baru-baru ini memuat naik foto ‘outfit of the day’ (00TD) bersama bayinya itu di laman Instagram miliknya.

Menulis di ruangan kapsyen
“Dah ade baby dah kite. Thank you semua yang wish aim. x sempat nak balas semua. Love you guys” tulis Ain

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan turut tumpang gembira buat beliau, akan tetapi apa yang menjadi perhatian netizen adalah Ain yang ketika ini masih berpantang dilihat sudah keluar seperti biasa sehingga ruangan komen dibanjiri dengan persoalan dan pertanyaan netizen yang menyifatkan dirinya sebagai langgr pantang’.

Disebalik komen-komen yang mengatakan Ain melanggr pantang, ada juga yang memberikan pendapat mereka mengenai perkara ini.

Lihat respon-respon mereka :

Aka dilihat foto yang dikongsikan oleh Ain itu, beliau kelihatan seperti di hospital, kemungkinan Ain membawa bayinya untuk melakukan checkup.

Apa-apa pun rasanya tuan punya badan lebih mengetahui apa yang perlu dilakukannya ketika berpantang dan adalah lebih balk jika kita mendoakan kesihatannya daripada berkata yang tidak sepatutnya.

Sumber : Instagram Ain Edruce

 

Artikel Sebelum ini:

 

Lepas Bersalin Selamba Buat ‘Room Tour’, Keceriaan Ain Edruce Jadi Inspirasi – “Tak Kekwat, Dari Dulu Baik Dan ramah. Tu Orang Suka.”

Tahniah diucapkan buat pelakon dan hos, Ain Edruce selamat melahirkan anak pertamanya pada 19 Mei lalu.

Ramai tumpang gembira dengan berita kelahiran ahli keluarga baru di dalam hidupnya, bintang yang sinonim dengan perwatakan happy go lucky ini ada memberikan dedikasi kepada pihak hospital, khasnya jururawat yang menjaganya sepajang tempoh berada di hospita berkenaan.

Ain mengabadikan ucapan tersebut melalui video ‘room tour’ yang dikongsikan di Instagram miliknya.

“Cara nak happy kan nurse2 dekat @sunwaymedical, cian dorang penat jaga ain dari pagi sampai malam.

So, kite shoot ala2 room tour konon dpn dorg. Seronok ehh siap gelak2 semua. Pregnancy experience ain dekat @sunwaymedical best sangat2.

”Next anak nak sini lagi. (ni pujian ikhlas dari hati) takot org kta aku promoter pulak kang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut sama memberikan pelbagai reaksi.

 

Malah, ada di antara mereka yang tertarik dengan kecerian si ibu saat merakam video.

Gelagatnya yang aktif seolah-olah tidak menggambarkan keadaan dirinya yang baru sahaja bersalin anak sulung nyata memberikan inspirasi.

Relax betul lepas bersalin,” tulis pelakon, Ika Nabella.

“Tah Ain ni bersalin ke tak. Macam tak ada apa berlaku apa pun,” tulis seorang warga maya.

Serius tak nampak macam lepas bersalin,” respon seorang warga maya lain selepas menonton video terbabit.

“Semoga aku lepas mengandung, nak bersalin and lepas bersalin happy go lucky macam Ain,” impi seorang warga maya.

“Ain ni tak kekwat. Dari dulu baik dan ramah. Tu orang suka,” puji seorang warga maya.

Sehingga kini, entri tersebut sudah pun ditonton lebih 500,000 pengguna Instagram.

 

Foto: Instagram Ain Edruce

Via : https://www.mediahiburan.my/lepas-bersalin-selamba-buat-room-tour-keceriaan-ain-edruce-jadi-inspirasi-tak-kekwat-dari-dulu-baik-dan-ramah-tu-orang-suka/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*