“Kek Batik Paling Tak Sedap Aku Pernah Rasa!” Kek Di Kecam Teruk, Fazley Yaakob Kekal Tenang

Lain tekak, lain seleranya. Itulah yang akan kita dengar apabila berlaku berbalah masakan mana yang lebih sedap. Namun apa yang terjadi kepada salah seorang chef selebriti terkenal tanah air iaitu Dato’ Fazley Yaakob telah mendapat perhatian ramai apabila salah satu kek jualannya telah menerima kritikan negatif di media sosial. Menerusi satu perkongsian di Instagramnya baru-baru ini, sebuah tangkap layar disertakan komen atau kritikan yang diterima olehnya dari seorang individu yang merasai kek yang dijual dilihat keterlaluan dengan penggunaan perkataan yang kurang sedap didengari.

 

Difahamkan, tangkap layar kritikan itu pada mulanya dikongsi oleh individu yang dikenali sebagai ‘influencer’ yang mendakwa kek yang dijual oleh Dato Fazley adalah kek batik yang paling tidak sedap yang pernah dimakan. Bagaimanapun, tindakan Dato Fazley dipuji warganet apabila dia menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka dan turut berterima kasih kepada individu berkenaan kerana sudi memberikan maklum balas.

Perkongsian Dato Fazley telah menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya dan rata-rata mereka bersetuju tindakan individu berkenaan adalah tidak sopan dan boleh menjatuhkan perniagaannya itu. Menurut Dato Fazley, beliau lebih gemar bersikap positif dan menganggap individu tersebut berniat baik dan mungkin itu adalah cara untuk menegur dirinya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut. Tambahya, mungkin juga ini salah satu cara individu tersebut mempromosikan produk tempatan untuk support perniagaannya.

Meninjau ke ruangan komen, beberapa rakan selebriti turut memberikan kata-kata semangat dan positif kepada Dato Fazley. Mereka juga bersetuju bahawa tindakan sepertinya seharusnya dihentikan dan kita sepatutnya bersama bantu antara satu sama lain memandangkan di muzim pandemik ini ramai yang terjejas pendapatan.

 

Tambah Dato Fazley lagi, beliau berasa segan untuk memberi kritikan kepada masakan orang lain kerana masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri. Bagaimanapun, kritikan yang di terima ini akan diambil dan dijadikan satu pengajaran buat dirinya untuk menjadi lebih baik.

 

Sumber : Instagram Dato’ Fazley Yaakob

 

Read More : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-kek-batik-paling-tak-sedap-aku-pernah-rasa-kek-di-kecam-teruk-fazley-yaakob-kekal-tenang/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*