Uncategorized

Patuh S0P, Anzalna raikan hari jadi anak dengan anak2 yatim melalui ‘video call’

Sememangnya ketika ini, sebarang majlis atau aktiviti keramaian tidak dapat diadakan. Jadi, semua pihak harus bertolak-ansur dengan ‘menahan’ dulu diri untuk berkumpul bersama bagi mengelakkan berlaku penularan pand.emik.

Walau bagaimanapun, ia bukan satu penghalang untuk kita turut sama bersedekah. Hal ini dilakukan oleh selebriti cantik, Anzalna Nasir apabila meraikan hari ulang tahun anaknya yang kedua bersama anak-anak yatim.

Jangan bimbang, Anzalna dan keluarga hanya meraikan bersama anak-anak yatim melalui panggilan video sahaja dan mereka tetap gembira apabila dapat menyambut hari lahir Mohammad Eidrees.

Eidrees’ birthday celebration
Tahun ni menyambut birthday Eidrees bersama Anak-anak Yatim / Asnaf tapi kami hanya boleh join melalui online sahaja. Terima kasih anak-anak mendoakan untuk Eidrees. Hope to see you all soon. Sayang semua! Thank you kak Ros diatas kerjasama untuk menjayakan sambutan birthday Eidrees.

Ni baru betul join melalui online

Perkongsian Anzalna dan suami itu nyata mendapat perhatian umum dan rata-rata memuji usaha pasangan ini yang tetap bersedekah tanpa perlu melanggar sebarang prosedur operasi standard (SOP).

Dengan berkongsi rezeki dan membuat panggilan video di rumah anak-anak yatim tersebut, sambutan hari lahir anak pertama mereka tetap meriah walaupun mereka hanya berada di rumah sahaja.

Happy birthday Eidress

 

 

Macam ni baru beauty with brain

Sumber: ohmymedie

 

Artikel Yang Berkaitan

Baru Berusia 2 Tahun, Peminat Kagum Anak Anzalna Nasir Sudah Tahu Bahasa Perancis

Bukan sahaja pandai berzikir dan mengaji, malah mengira dan menyanyi dalam bahasa Perancis pun pandai

Anak kepada pelakon Anzalna Nasir yang bernama Mohamad Eidrees baru berusia 2 tahun, atau lebih tepatnya berumur 23 bulan.

Namun dengan usia tersebut, kanak-kanak itu bukan sahaja boleh berzikir dan mengaji, malah sudah boleh mengira dan menyanyi dalam bahasa Perancis.

Perkara itu didedahkan Anzalna melalui satu hantaran di Instagram beliau.

“Cepatnya membesar. Selain berzikir dan mengaji. Eidrees can count and sing in french. Hes a very shy boy susah nak ambil video. Nasib tak tercekik laici tu! hahahahhahah #23MonthsOld”

Menurut Anzalna, Eidrees ialah seorang yang pemalu sehingga susah untuk merakamkan detik anaknya mempamerkan kebijaksanaannya itu.

Melalui ruangan komen pula, rata-rata peminat memuji Eidrees kerana pencapaian kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak sebenarnya cepat belajar, oleh itu tindakan Anzalna mengajar Eidrees bahasa Perancis sejak kecil adalah satu perkara yang bijak

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-baru-berusia-2-tahun-peminat-kagum-anak-anzalna-nasir-sudah-tahu-bahasa-perancis/

 

Artikel Sebelum ini

 

“Hayati Sampai Pejam Mata” Baru 19 Bulan, Anak Anzalna Nasir Dah Pandai Hafal Banyak Zikir

Kata Anzalna, Eidrees dah hafal banyak zikir dan suka juga baca zikir sebelum tidur. Semoga menjadi anak yang soleh ya!

Kata orang melentur bulu biarlah daripada rebungnya, waktu kecil lah masa yang sesuai untuk mendidik si kecil menjadi seorang yang berjaya!

Nampaknya pelakon Anzalna Nasir telah berjaya mengajar anak sulungnya iaitu Mohamad Eidrees menjadi anak yang soleh.

Menerusi posting beliau, Eidrees sedang rancak membaca zikir Hasbi Rabbi dengan penuh penghayatan.

Untuk maklumat, Eidrees kini baru sahaja berusia 19 bulan dan si kecil itu sudah mampu untuk mengingati banyak zikir yang sering kita baca dalam kehidupan seharian.

Dalam masa yang sama, ramai pengikut Anzalna turut berasa terharu melihat aksi si kecil itu dan mengucapkan ribuan tahniah kepada Anzalna atas kejayaannya mendidik Eidrees.

Maka dengan itu terbukti lah bahawa anak kecil mampu untuk mengingati setiap apa yang kita ajar.

So kepada para ibu bapa di luar sana, kalian boleh lah ajar anak-anak apa-apa ilmu yang diperlukannya di masa akan datang nanti okay

Sumber:hotfm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *