Syed Saddiq Umum Beri Bantuan Laptop, Makanan & Pengangkutan Vaksin, Ramai Nak Jadi Penduduk Muar!

  1. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai apabila menawarkan pelbagai bantuan dan insentif di dalam Pakej Lockdown Muar Sejiwa berikutan pelaksanaan total lockdown yang bermula hari ini.

Menerusi laman sosial Twitter, Saddiq berkongsi sebuah video Pakej Lockdown Muar Sejiwa tersebut untuk tatapan umum.

“Pakej Lockdown Muar Sejiwa! Nak tunggu kerajaan umum, lambat sangat. Jadi saya mula dulu. Semuanya untuk Parlimen Muar,” tulisnya menerusi satu ciapan.

 

Antara bantuan yang diberikan di dalam pakej ini termasuklah 300 tablet untuk pelajar susah di Muar, foodbank bagi 1,000 keluarga susah, 30 penggerak vaksin yang akan pergi dari rumah ke rumah untuk membantu warga Muar mendaftar, subsidi untuk ujian saringan RTK COVID-19, insentif pengangkutan Muar – Johor Bahru untuk vaksin AstraZeneca.

Menurutnya lagi, wang-wang yang diperuntukkan di dalam pakej ini diambil daripada gaji penuhnya pada bulan Jun, 100% hasil jualan kurta SS bahagiannya, 100% hasil jualan Jalan Tegak miliknya dan juga sumbangan orang ramai.

Sementara itu di ruangan balas, ramai memuji usaha bekas Menteri Belia Dan Sukan itu yang tampil membantu penduduk di bawah jagaannya.

Malah, ramai yang turut mencuba dan mengusik untuk mendapatkan bantuan dan insentif yang diberikan meskipun tidak menetap di Muar.

“Engaging. Untunglah Muar. Tempat lain dah 2021 masih dapat YB upload poster gambar muka separuh frame haha,” kata seorang wargamaya.

“Bro thanks for helping out. Sincerely appreciate it even though im not a penduduk Muar,” puji seorang wargamaya.

“YB, saya tinggal di Muar, Selangor. Layak tak apply untuk Pakej Lockdown tersebut?” tanya seorang wargamaya.

“YB Syed Saddiq boleh buat. So sebenarnya YB lain boleh buat jugak kan? Tinggal nak buat atau taknak buat je,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 508,000 tontonan serta 17,000 tanda suka daripada warga Twitter.

 

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/syed-saddiq-umum-beri-bantuan-laptop-makanan-pengangkutan-vaksin-ramai-nak-jadi-penduduk-muar-50594.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*