“Kerja 24 Jam!” Realiti Work From Home Tak Ikut Masa, Netizen Luah Perasaan Di Twitter

Pada ketika ini, ramai pekerja swasta dan kerajaan sudah bekerja kerja dari rumah yang mana kebanyakan sektor tidak dibenarkan beroperasi ketika total lockdown.

 

Kebiasaannya waktu bekerja akan bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan selepas itu kita akan terus pulang ke rumah bagi menjalankan tanggungjawab untuk diri sendiri pula.

 

Namun nampaknya realiti work from home tidak lah manis seperti yang kita impikan kerana ada sesetengah majikan yang menjadikan terma ‘WFH‘ itu sebagai satu cara untuk mendesak pekerja bekerja lebih masa.

Di Twitter, ramai warganet meluahkan perasaan atas rasa tidak puas hati mereka itu di satu twit yang dimuat naik oleh seorang Twitfamous ini.

 

Kita dapat lihat di ruangan komen twit berkenaan menunjukkan bahawa ramai pekerja terpaksa bekerja melebihi masa.

Rata-rata mereka meluahkan rasa kecewa apabila majikan menjadikan alasan WFH itu untuk pekerja membuat kerja tidak kira masa.

 

Dalam masa yang sama, ada juga yang memberikan tips untuk tidak diganggu oleh majikan selepas tamat waktu bekerja iaitu dengan cara tidak membalas sebarang WhatsApp berkaitan urusan pejabat.

Bukan sahaja pekerja yang meluahkan perasaan tetapi ada juga golongan pelajar universiti yang terpaksa menghadiri kelas online sehingga lewat malam.

Jadi adakah wajar pekerja dan pelajar diperlakukan sedemikian?

 

Adakah mereka tidak berhak untuk mendapatkan waktu rehat yang secukupnya walaupun hanya bekerja di rumah dan menghadiri kelas secara online?

 

Sumber foto: Twitter

Via : https://www.hotfm.com.my/hotviral-kerja-24-jam-realiti-work-from-home-tak-ikut-masa-netizen-luah-perasaan-di-twitter/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*