Tawar ‘Review’ Percuma Untuk Bantu Peniaga Kecil, Eina Azman Terima Lebih 1000 Mesej Di WhatsApp

Usaha pelakon Datin Paduka Eina Azman untuk membantu golongan peniaga kecil dalam mempromosi perniagaan mereka secara percuma telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sejak semalam, Eina memberitahu dia menerima lebih 1000 mesej di aplikasi WhatsApp yang dipercayai diterima dari peniaga-peniaga yang memerlukan bantuannya.

“Salam semua…minta bersabar sedikit ya. Admin saya akan mula post ig review you all dalam sejam lagi…

“WhatsApp yang masuk pun dah melebihi 1000. So harap you all faham ya,” katanya.

Pelakon The Maid itu berkongsi perkara tersebut di InstaStory akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam masa yang sama dia menunjukkan bukti mesej yang dihantar tanpa henti oleh pengikut laman sosialnya.

Semalam, Eina Azman telah tampil menyuarakan hasratnya untuk memberikan review percuma di Instagramnya bagi peniaga yang ingin mempromosikan produk mereka.

Ia adalah usahanya dalam membantu peniaga kecil yang terjejas teruk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ‘total l0ckdown’ ini.

Pun begitu, Eina memberitahu dia akan menggunakan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

 

Sumber : Gempak

 

Artikel Berkaitan

Body Goals sangat..“Nak badan cantik tak semestinya kena operate!” -Datin Paduka Eina Azman

Nama Datin Paduka Eina Azman sememangnya tidak asing lagi dalam kacak dunia hiburan Tanah Air. Berkahwin dalam usia yang muda dan dikurniakan dua orang anak kembar yang comel pastinya sudah melengkapkan kehidupan pelakon berusia 26 tahun ini.

Body hot mama muda

Dia juga tidak lokek berkongsi aktiviti hariannya di media sosial terutamanya di Instagram tidak kisah sama ada di set pengambaran drama ataupun bersama keluarga.

Dalam perkongsiannya yang terbaru, dia telah memuat naik beberapa video menunjukkan lekuk bentuk badannya yang pasti membuatkan para wanita iri!

Jangan berangan je, usahakanlah

Dalam kapsyen yang disertakan dengan tiga video memperagakan bentuk badannya yang langsing, Eina Azman menulis bahawa jangan hanya berangan mahu kurus seperti itu, tapi perlu berusaha melakukannya.

“Don’t wish for it. Work for it. Yes I’m a mother of twins,” –tulisnya.

Ni baru betul wanita tulen!

Diruangan komen muat naik  video kejayaannya mengekalkan bentuk badan menarik walaupun bergelar ibu dua anak, Eina Azman memaklumkan bahawa setiap wanita boleh mendapatkan bentuk tubuh yang cantik tanpa perlu melakukan pembedahan.

Ada juga yang menyamakan kelangsingan pelakon wanita itu seperti bentuk badan usahawan kontroversi, Nursajat namun dinafikan oleh Eina kerana dia adalah wanita tulen.

Macam Sajat pulak tengok

 

Alaa jeles tengok pinggang dia ramping

Goals sangat!

Segan nak like kali ni

Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang segan untuk menekan butang likes di perkongsian terbaru Datin Paduka Eina Azman kerana disifatkan agak menjolok mata dan kurang sesuai untuk diperlihatkan umum.

Sumber: Eina Azman

via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*