“Tak Kan Nak Keluar Je Baru Nak Cantik” – Memey Suhaiza Kongsi Tip

Pelakon Memey Suhaiza mencvri perhatian ramai apabila tetap tampil cantik dan bersiap meskipun hanya duduk di rumah sebagai langkah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menerusi laman sosial Instagram, Memey memuat naik sebuah video aktivitinya di rumah untuk tatapan umum.

“Day 2 l0ckdown, tips nak kekal bersemangat setiap hari. Bangun pagi, bersiap cantik-cantik juga baru kita rasa bersemangat.

“Takde malas-malas, tak kan nak keluar je baru nak cantik. Suami kan ada rumah. So kita cantik untuk suami,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video berdurasi 30 scat itu, Memey kelihatan cantik dan ceria melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak untuk suaminya aktor Norman Hakim, menemani Norman makan serta membersihkan lantai rumah menggunakan pembersih vakum.

Sementara itu di ruangan komen, video Memey tersebut maklum bolas positif wargamaya apabila ramai yang bersetuju dengan pendapat Memey bahawa duduk di rumah juga perlu bersiap.

Malah, ada yang turut memuji penampilan serta kediaman mereka sekeluarga yang tampak cantik dan bersih. “Cantik la rumah Memey, bersih je.

Memey lagi cantik, suka tengok. Alahai beruntungnya Norman,” komen seorang
wargamaya. “Rajin sangat Memey ni, tak reti duduk diam,” usik seorang wargamaya.

“Setuju sangat. Soya setiap hari pakai cantik-cantik. Selesa sangat,” kata seorang wargamaya.

“Untung perempuan cantik boleh nari-nari serve suami makan,” tulis seorang wargamaya. “Betul, keno cantik-cantik depan suami,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 32, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada September 2011.

Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, berusia duo tahun.

 

Sumber :https://gempak.com/berita-terkini/tak-kan-nak-keluar-je-baru-nak-cantik-memey-suhaiza-bersiap-depan-suami-walaupun-duduk-rumah-50735

 

Artikel Berkaitan

Norman Hakim berniat ingin beristeri dua, sekali jawapan padu Memey buat Norman terkedu

Aktor Norman Hakim mengakui ada bertanyakan mengenai isu poligami kepada isterinya, Memey Suhaiza jika suatu hari nanti dia mahu berkahwin seorang lagi.

Norman berkata dia terkejut mendengar jawapan Memey yang akui bersikap lebih terbuka untuk membenarkannya berkahwin jika berkemampuan.

“Sebenarnya secara jujurnya buat masa ini sedikit pun tiada terdetik untuk berkahwin lagi, mungkin kerana tiada masa.

“Jika dulu masa usia 30-an mungkin ada kemahuan itu kerana dari luaran lihat bila berpoligami ini macam bahagia.

Tapi sekarang saya fikir berpoligami ni bukan hanya kerana nafsu sahaja tapi perlu fikirkan tanggungjawab juga dan bila membayangkan semua itu, saya rasa tidak mampu.

INI JAWAPAN MEMEY KEPADA NORMAN HAKIM

“Saya dan Memey pernah bercakap mengenai isu ini dan kami hanya berborak secara matang dan terbuka. Memey kata semua itu ikut kemampuan jika suami mampu memberikan nafkaf zahir dan batin kepada isteri-isterinya dia tiada masalah.

“Bila Memey guna ‘reverse-pyschology’ begitu saya jadi kesian pula dengar jawapan dia dan jadi tak sampai hati,” katanya kepada Astro Gempak.

Norman kini sedang muncul dalam drama siri terbaharu The Maid yang menampilkannya sebagai Mr. Jay atau Jayden yang mempunyai empat orang isteri.

Berkongsi pengalamannya berlakon dalam drama siri terbaharu original siri Gempak itu, Norman memberitahu ini pertama kali berlakon sebagai lelaki yang berpologami.

“Saya rasa pengalaman berkahwin empat ini tak akan dapat di dalam realiti atau seumur hidup saya dan saya akui seronok diberi peluang berlakon dalam drama ini.

“Ketika berlakon mempunyai empat orang isteri pun saya dah rasa sedikit tekanannya bila berpoligami.

“Bukan mudah rupanya, nampak sahaja bahagia tapi hakikatnya hanya mereka yang berada dalam situasi ini sahaja tahu,” katanya lagi.

 

 

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*