Akhirnya Zara zya Buka Mulut Berkenana posting “paid review”

Buat ‘paid review’ aksi tak senon0h atas katil… Zara Zya minta rakyat Malaysia ‘open minded’ – “Selagi tak salah buat apa nak dengar orang cakap apa”

TINDAKAN pelakon Zara Zya berkongsi video reviu produk memaparkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan aksi tidak s0pan atas katil dengan kapsyen berbaur lvcah mengundang rasa kurang senang netizen.

Menjawab kritikan netizen itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zanuddin berharap rakyat Malaysia berfikiran lebih terbuka memandangkan dia hanya mempromosikan produk makanan tambahan sahaja.

Antara komen netizen di perkongsian Zara di Instagram.

“Kalau fikir is 18 XS, jadi macam itu Ia. Rakyat Malaysia kena open minded. Lagipun, saya hanya promosikan produk seperti suppplememnt atau makanan tambahan sahaja.

“Tapi tak apa la, saya ok saja bila netizen kecam atau kritik sebab dah memang masak sangat dengan netizen Malaysia. Saya terima untuk buat ulasan itu bukan sebab tak ada job.

“Paid review ini memang dari dulu pun saya dah terima. Tak kisahlah orang nak kata apa pun, selagi benda itu tak salah buat apa saya nak dengar cakap orang lain,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebelum ini, netizen mengkrltik tindakan Zara memuat naik video mempromosikan produk melibatkan hubungan intim suami isteri yang dilihat tidak sesuai untuk dipertontonkan di laman sosial.

Rata-rata netizen menganggap biarpun is iklan berbayar namun tidak bersesuai dengan imej aktres tersebut yang kini sudah berhijrah.

Dalam pada itu, biarpun dikritik tiada ‘job’ namun pelakon drama Korban Kasih ini bersyukur kerana perniagaan jualan sambal di atas talian mendapat sambutan.

Zara syukur bisnes jual sambal atas talian mendapat sambutan.

“Alhamdulillah… perniagaan sambal mantul saya berjalan dengan lancar. Zaman sekarang orang memang suka buat pembelian secara talian. Jadi, saya pun jual sambal itu di platfrom perkhidmatan atas talian.


“Kita sendiri pun terjebak bell online… kadang-kadang entah apa barang kita bell. Sebab itu saya pun jual sambal yang juga resipe arwah nenek ini di platfrom itu.

“Ikutkan sebenarnya saya dah lama menjual sambal bilis dan penyet tapi untuk sambal mantul ini baharu sahaja tahun ini saya buat,” ujarnya.

 

Sumber: https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2021/06/07/buat-paid-review-aksi-tak-senonoh-atas-katil-zara-zya-minta-rakyat-malaysia-open-minded—selagi-tak-salah-buat-apa-nak-dengar-orang-cakap-apa

 

“Tak Tahu Malu Ke?” Post Video Review Tk Sen0noh, Zara Zya Dis3rang Peminat

Posting video tersebut telah membuatkan ramai meng3cam tindakan Zara Zya yang mengambil review seperti itu.

Kita biasa lihat selebriti tanah air membuat Instagram review atau Iebih dikenali sebagai paid review bagi mempromosikan apa-apa produk jualan.

Dengan cara itu, selebriti berkenaan perlu memuat naik video atau foto yang telah diberikan oleh mana-mana pengusaha produk.

Namun, tidak semestinya selebriti itu boleh mengambil review yang bukan-bukan sehingga mendatangkan fitnah ke atas dirinya.

Terkini, pelakon Zara Zya dilihat telah dik3cam oleh peminatnya di laman Instagram selepas beliau memuat naik satu video review produk barangan wanita.

Bukan itu sahaja, aksi yang ditunjukkan di dalam video itu turut mengundang kegusaran hati setiap yang menonton.

Disebabkan itu, ramai peminatnya meninggalkan pelbagai respond di ruangan komen posting berkenaan kerana kebayakan pengikut Zara di laman Instagram datang daripada pelbagai usia.

Bagi mereka, Zara tidak sepatutnya memilih untuk membuat review produk berkenaan Iebih-Iebih lagi kini beliau sudah bertudung.

Tapi sebenarnya ramai je selebriti Malaysia yang buat review produk macam to jugak, maklum lah mereka sudah dibayar dah nak taknak terpaksa lah post juga foto atau video seperti itu.

Mungkin Zara tersilap pandang kot, boleh jadi posting itu dimuat naik oleh pembantunya ke?

Sumber foto dan video: Instagram Zara Zya

sumber: https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-tak-tahu-malu-ke-post-video-review-tak-senonoh-zara-zya-diserang-peminat/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*