Hairan pakwe ajak duduk serumah. Padahal lagi beberapa hari je lagi nk nikah. Mengejutkan lepas je nikah bini dikerjakan hari hari

Assalamualaikum…

 

Tahun ini tahun ke 5 aku berkahwin buat yang kali kedua… Maknanya dah 10 tahun aku bebas…

 

Allah je tahu perasaan aku lepas ex aku jatuhkan talak.

 

Abang aku, mak aku dan ayah aku yang teman aku di mahkamah menangis kesyukuran…

 

Syukur mereka dapat anak mereka semula…

 

Aku anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik…

 

Aku lahir dalam keluarga yang sentiasa menyokong satu sama lain… Tak ada istilah aku perempuan, kerja rumah aku yang buat…

 

Tugas aku dan mak bertumpu pada dapur… Bab2 lain dibahagikan sama rata antara abah dan adik beradik aku…

 

Disebabkan oleh aku anak perempuan tunggal, aku dimanjakan abang2 aku…

 

Dan tempat mengadu adik-adik aku… Typical middle child syndrome, aku nak apa yang aku nak.

 

Aku keras kepala. Impulsif dan selalu ikut perasaan.

 

Perangai itu telah membawa aku kepada dia. Ex aku. Ada rupa. Ada gaya. Ada karier.

 

Walaupun keluarga aku pada awalnya menolak dia, disebabkan oleh aku seorang yang go getter, aku mendapat restu ahli keluarga untuk bernikah dengan dia.

 

Abang aku selalu kata “Apa yang kau nampak pada lelaki chauvanist ni? Dah la adab dengan orang tua kelaut.”

 

Aku hanya jelingkan apa abang aku kata. Apa dia tahu bisik hatiku.

 

Semasa bertunang banyak sangat petanda yang aku tak patut teruskan pernikahan.

 

Dia pernah ajak aku bersedudukan. Katanya kami akan bernikah tak lama lagi.

 

Aku anggap, oh itu perkara biasa. Lelaki dan nfsu 1 nya. Kasar tutur dan bicara pada aku tak terkira.

 

Alasannya? Tertekan dengan segala urusan bernikah. Sedangkan dari A to Z aku uruskan.

 

Oh ya. Ibu bapanya sudah tiada. Majlis semua keluarga aku uruskan.

 

Umur 23 tahun, genap setahun setelah aku tamat belajar, aku menjadi seorang isteri.

 

Sewaktu aku masih dalam fasa bulan madu, dia tidak segan menunjukkan perangainya.

 

Aku selalu rasa seperti objek pemuas nfsu. Dalam setiap kali bersama memang sudah tak ada ‘jiwa’.

 

Dan itu hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.

 

Belum lagi keresahan bila aku datang bulan. Dia pernah tertangkap ke rumah urut.

 

Katanya aku datang bulan terlalu lama. Tak akan aku ketepikan hukum untuk dia. TAK AKAN. TITIK. Di rumah aku persis Cinderella.

 

Dari sekecil kecil kerja rumah. Sampai la ke sebesar besar kerja rumah. Ya la, rumah itu dia yang beli dia yang bayar.

 

Jadi adil la aku jadi kuli buat segala bala katanya.

 

Tahi telinga aku dah keras bersama dengan dia. Semua caci maki dan perkataan mencarut jadi makanan telinga aku hari-hari.

 

Asbab seperti teh o kurang manis pun boleh jadi punca aku dipanggil b*d*h dan s*al.

 

Tangan aku penuh lebm direntap. Berapa kali tmbkan ke pintu dilepaskan betul betul sebelah wajah aku.

 

Berapa kali kerusi dispk sambil kata dia harap dia dapat spk aku sebegitu. Harta benda yang dipch dicampak tak usah dikira banyaknya.

 

Bila baran memuncak, ugutan bnh pun pernah.

 

Selepas dia buat aku rasa macam aku ini kuman yang tak bermakna, dia akan meminta maaf dan buat seperti tiada apa yang berlaku.

 

Allah lindungi aku. Dia tak pernah hinggapkan tangan kakinya pada aku.

 

Aku bagaikan kudis dalam hidup dia.

 

Saat berat aku hanya 50kg dengan tinggi 167cm, hari-hari dia panggil aku gemuk. Hari-hari aku dipanggil buruk.

 

Tapi yang kelakarnya si gemuk dan si buruk ni la kau henyak hari-hari.

 

Aku juga dilarang bertemu keluarga aku. Bila dimarah keluarga kerana aku mengasingkan diri, aku tak dapat ceritakan hal sebenar.

 

Kerana aku mahu menjaga air muka ex aku. Bermacam alasan aku beri pada mak, abah, along, angah dan adik-adik. Sampai kering idea.

 

Akhirnya adik beradik pulaukan aku. Aku cuma berhubung melalui telefon dengan mak dan abah.

 

Setahun hidup aku hanya dia dan kerja. Berkawan pun dikawal ketat. Aku cuma berhubung melalui FB atau whatsapp.

 

Aku diasingkan dari dunia luar. Sampai la satu hari aku dapat tahu perihal perempuan satu lagi.

 

Sejak dari tu aku jadi memberontak. Aku bukan diri aku sendiri. Bila aku dimaki aku hamburkan semula makian.

 

Bila dia menmbk pintu, mnypak kerusi meja, aku hanya menjeling dan berkata “Kau jangan ingat aku ni patung yang kau boleh buat sesuka hati…

 

Aku ada abang2 dan adik2 yang boleh buat kau makan pakai straw”…

 

Aku mula jadi isteri nusyuz. Pulang kerumah keluarga aku tanpa izin. Tak ada setitis pun air mata aku gugur masa ni.

 

Aku dah nekad yang aku nak berpisah. Cuma cara masih kabur. Sampai satu hari setelah setahun setengah, saat beban itu tak tertahan lagi.

 

Aku nangis semahunya pada keluarga aku. Cerita kan semuanya. Pndrn fizikal dan mental yang aku hadapi.

 

Abang2 aku mula meruap. Mujur aku ada mak dan abah. Mereka yang buka jalan untuk aku.

 

Kumpul bukti kata mereka. Supaya aku dilepaskan dengan ‘aman’. Setiap kali balik kampung, aku akan pasang spy cam di bilik tidur aku.

 

Aku gunakan telefon pintar yg murah dan aku hubungkan dengan powerbank. Aku letakkan apps spy cam.

 

Camera akan dihidupkan bila ada pergerakan.

 

Dalam kes aku, banyak pergerakan. Patutla mula-mula marah. Lama2 siap tanya bila aku nak balik kampung.

 

Mula-mula aku nak ambil 3 bulan notis untuk berhenti kerja. Tapi lepas nampak apa yang aku nampak, setiap hari macam neraka dekat rumah tu.

 

Aku terpaksa ambil 24jam. Mujur aku ada saving. Dapat la aku bayar balik bekas company aku.

 

Lepas ex aku pergi kerja, aku pack barang. Abang2 aku ambil dekat rumah. Kami buat report polis tentang ugutan yang dia pernah bagi.

 

Dan alhamdulillah ada bukti di whatsapp. Jadi aku keluar rumah dengan report polis untuk bukti dimahkamah kalau diperlukan.

 

Nombor telefon aku deactivate dan tukar baru. Aku block dia di socmed. Lepas dah sampai rumah keluarga aku, aku hantar email kat dia.

 

Email video aksi dia. Dia merayu dimaafkan seperti selalu. Aku tak akan pandang belakang.

 

NEVER.

 

Segala urusan nak berpisah aku buat. Sedara aku selaku peguam shariah banyak bantu dan beri nasihat.

 

Aku langsung tak ada berurusan dengan dia. Video itu jadi snjta utama perundingan untuk dia lepaskan aku secepat mungkin.

 

Sedara aku berunding dan cakap dengan dia. Kalau dia tak nak lepaskan dan aku tuntut fasakh, segala video dia hakim akan tengok sebagai bukti tuntutan fasakh aku.

 

Kisah dia akan jadi bualan dalam mahkamah sebab dalam mahkamah bukan kami sahaja. Ada ramai lagi pasangan lain dalam tu.

 

Jadi dia pilih lepaskan aku secara aman. Tepat usia aku 25 tahun aku dilepaskan.

 

Pasal dia menangis merayu depan rumah. Datang cari aku. Merayu kat mak abah aku.

 

Malas aku nak cerita. Semua tu adalah tangisan buaya. Tiada benda yang lebih palsu dari tangisan dia.

 

Kisah aku tak habis disini. Walaupun aku benci dia. Tapi tak adalah aku terus move on 100% lepas berpisah.

 

Sebulan juga aku macam myt hidup. Tak ada arah tujuan. Salahkan diri aku sendiri.

 

Kemudian aku dapat kerja baru. Mula berjumpa kawan kawan lama.

 

Yang paling penting setiap hari aku dihiasi kasih sayang dari keluarga aku sendiri.

 

Aku baru faham kenapa Allah tak kurniakan aku anak walaupun aku pernah berdoa setiap hari untuk zuriat dulu.

 

Tanpa zuriat aku boleh terus padam dia macam dia tak wujud pun. Dengarnya setahun lepas berpisah dia dah berkahwin. Selebihnya tak tahu la apa cerita.

 

Hidup aku sesudah dia dihiasi travel log. Dihiasi kisah2 manis aku dengan kawan2. Trip umrah kami sekeluarga.

 

Aku cuba scuba diving. Aku cuba hiking. Aku ingatkan hati aku dah mti untuk cinta.

 

5 tahun lepas bergelar janda aku bernikah sekali lagi selepas berkali kali istikarah sebelum dirisik keluarga dia.

 

Tak ada mimpi ke apa. Cuma Allah berikan perasaan kasih dekat suami aku.

 

Aku pernah cakap dulu dengan suami aku yang aku janda dan pernah berkahwin.

 

Muka dia macam terkejut. Kemudian dia cakap tak apa. Yang penting bukan bini orang. Dan ketawa.

 

Dia kata dia tak akan bincang kisah lampau melainkan aku mahu. Aku betul betul ingat dia akan reject aku.

 

Aku masih ingat masa dia bawa aku ke kenduri kesyukuran mak dan ayah dia balik dari haji. Kami memang klik.

 

Keluarga dia sangat mesra. Hari dia merisik, abah aku cakap yang dia tak nak letak kan hantaran sebab aku janda.

 

Mak dia kata kami nak beri hantaran sebanyak rm1x, xxx. Dia menantu sulung kami. Orang nak beri, kita merasalah.

 

5 tahun post marriage. Dulu aku tak pernah rasa aku akan jumpa seseorang lagi. Ada masa aku memang putus asa.

 

Benci lelaki. Nak hidup solo forever. Tapi hati kita ni milik Allah. Sekarang anak dah seorang.

 

Kadang2 termenung juga. Umur 35 anak baru satu. Kawan aku ada yang dah sampai empat anak.

 

Tapi siapa aku nak menidakkan perjalanan hidup yang aku pilih sendiri.

 

First time kahwin dulu taknak pulak buat istikarah kan. Padan muka aku.

 

Naluri Allah dah bagi tapi nak ikut keras kepala.

 

Tapi aku terima kepayahan aku jadi mak di usia lanjut. Sekarang aku rapat dengan keluarga aku.

 

Suami aku pun walau kadang2 ada juga la masalah. Aku terima semua baik buruk dia.

 

Selama dengan dia lagi banyak suka dan hanya sedikit sangat dukanya.

 

Kalau dulu hidup aku ditanggung ex aku semua. Tapi bahagia tak ada. Sekarang ni, walaupun perbelanjaan kena 50-50, sikit pun aku tak kisah.

 

Duit boleh cari. Kebahagiaan tu susah sikit. Kisah aku tak tahu la bahagia sampai bila sebab semua ni pinjaman Allah swt.

 

Yang pasti kalau pisang berbuah dua kali, saving aku dah ada. Escape plan dah ada.

 

Dan aku tahu aku ada keluarga yang selalu menyokong aku dalam susah atau senang.

 

Mak mertua aku pun feminist. Kalau anak dia buat hal, anak dia yang kena kitai.

 

Kitorang kamceng. Jari kelinking dah paut dah sejak aku kahwin dengan anak dia dulu. Panjang cerita aku kan.

 

Syukur masih ada lagi happy ending. Aku doakan semua isteri atau suami yang jadi sasaran keganasan domestik dapat mencari jalan keluar.

 

Dan kamu dapat sokongan yang kamu perlukan. Kalau tidak dari keluarga harap ada NGO yang sanggup bantu.

 

Ingatlah bahawa yang paling berharga di rumah kita bukan perabot, bukan peralatan elektronik, komputer, barang-barang antik atau barang perhiasan.

 

Tetapi yang paling berharga ialah manusianya, yakni pasangan hidup kita.

 

Dialah “modal insan” yang wajar dihargai lebih daripada segala-galanya.

 

Soalnya, adakah kita telah benar-benar menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang yang berada di rumah kita?

 

Cuba renungkan, betapa ramai suami yang lebih prihatin tentang kereta berbanding isteri mereka.

 

Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran tetapi “batuk” kereta sedikit sahaja sudah segera dihantar ke kedai untuk diperbaiki.

 

Bila enjin kereta “anh” sedikit sahaja bunyinya, cepat-cepat diusung ke bengkel, dibetulkan, ditune semula agar bunyinya kembali normal.

 

Sebaliknya, isteri yang batuk-batuk, lenguh dan pucat mukanya dibiarkan saja.

 

Alasannya, itu sudah adat, badan sudah tu. Itu belum dikira lagi suami yang “kaki pancing” yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan, tega membiarkan isteri kesepian di rumah.

 

Isteri juga apa kurangnya?

 

Ada para isteri yang leka dengan orkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

 

Ada juga suami yang workaholic, bekerja siang malam, tidak mengenal istilah cuti dan rehat.

 

Apabila ditanya mengapa begitu sibuk dengan kerja? Jawabnya, demi isteri dan anak-anak.

 

Ironinya, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri dan anak-anak.

 

Ya, mencari duit sehingga tidak sempat menikmati duit itu. Gigih mencari wang, tidak kira siang atau malam.

 

Malangnya, apabila duit wang sudah terkumpul, kesihatan pula tergadai, rumah tangga berkecai, isteri dan anak-anak terabai.

 

Tegasnya, hargailah isteri dengan tindakan.

 

Bukan hanya dengan ucapan. Jika benar ingin membahagiakan isteri, luangkan masa, krbankan tenaga dan tumpukan seluruh perhatian untuk membahagiakannya.

 

Jika ada yang bertanya, bagaimana kita boleh menghargai pasangan kita di tengah kesibukan dunia moden yang begitu hebat?

 

Jawabnya, insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan.

 

Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

 

Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir.

 

Mulakan memandangnya dengan pandangan kasih.

 

Mungkin wajah isteri kita sudah kedut tetapi insafilah mungkin separuh daripada kedutan di wajah itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita.

 

Uban telah memenuhi kepala pasangan kita tetapi itu bukan uban sebarang uban tetapi ubat yang tumbuh kerana kesusahan memikirkan kebahagiaan kita dan anak-anak.

 

Pandanglah wajah pasangan kita dengan pandangan mata hati (bukan semata-mata dengan mata biasa).

 

Kalau dulu semasa bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati.

 

Tetapi kini, biarlah pandangan kita lebih murni. Bukan lagi dari mata turun ke hati tetapi dari hati turun ke mata.

 

Dengan ini, yang kita lihat bukan bodynya lagi tetapi hati budinya.

 

Yang kita pandang seharusnya bukan lagi urat, tulang dan daging tetapi suatu yang lebih murni dan hakiki.

 

Yakni kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengrbanan, pendertaannya yang sekian lama telah dilalui bersama kita!

 

Sumber KRT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*